awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kereta pelakon Ikmal Amry hilang kawalan, terbalik 8 kali di PLUS

Gempak
Gempak
04/09/2022
05:05 MYT
Kereta pelakon Ikmal Amry hilang kawalan, terbalik 8 kali di PLUS
Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami kecederaan teruk. -- Gempak
PELAKON Ikmal Amry meluahkan rasa syukur terselamat dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka pada petang Sabtu.
Kongsi Ikmal, ketika kejadian, dia bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan balik ke kampung dan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terlanggar sebuah kereta lain lagi.
“Allah uji saya dan nak ganti yang lebih baik. Kereta saya hilang kawalan dan terbalik sebanyak lapan kali.
“Saya dalam perjalanan ke Melaka untuk balik kampung. Ketika saya mahu ubah laluan ke kanan, saya terlanggar sebuah kereta hingga hilang kawalan.
“Alhamdulillah saya sekeluarga semua okey. Tidak mengalami sebarang luka, cuma mengalami sakit-sakit badan sahaja,” katanya.
Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali bersyukur apabila dia sekeluarga tidak mengalami kecederaan teruk.
Menurut Ikmal, kemalangan terbabit adalah satu mimpi ngeri dan bersyukur Tuhan masih panjangkan usia dia sekeluarga.
"Mimpi ngeri yang tak sanggup saya lalui tapi terjadi. Pahit untuk ditelan, tapi pengalaman yang menjadi pengajaran.
"Alhamdulillah kami sekeluarga selamat. Allah masih bagi peluang," katanya.
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Ikmal berkongsi beberapa keping gambar dan video menunjukkan keadaan kereta yang dipandunya terbalik di tengah jalan raya. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Pelakon Ikmal Amry
#kereta terbalik
#kemalangan PLUS
#kereta terbalik 8 kali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan