awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kolaborasi Astro - Qalbox tawar program Islamik terbaik

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
03/08/2023
22:45 MYT
Kolaborasi Astro - Qalbox tawar program Islamik terbaik
Shaffiq (paling kiri), bersama Agnes, Fara dan Nik Emir pada majlis pelancaran kolaborasi eksklusif Astro - Qalbox. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejajar dengan matlamatnya untuk menjadi pendahulu digital bagi segala perkara berkaitan Islam, Muslim Pro menerusi perkhidmatan penstriman hiburan, Qalbox, berkolaborasi dengan Astro untuk menyiarkan kandungan secara eksklusif.
Kerjasama strategik ini memberi pelanggan Astro pilihan kandungan berfokuskan Islam yang lebih pelbagai, sekali gus memperkaya landskap hiburan di Malaysia.
Sejak pelancarannya pada Disember tahun lalu, Qalbox boleh diakses menerusi aplikasi Muslim Pro.
Kerjasama dengan Astro ini mengukuhkan lagi komitmen Muslim Pro dalam meningkatkan aksesibiliti pengguna.
"Semua pelanggan Ultra dan Ulti Box akan mendapat akses percuma kepada kandungan Qalbox sehingga 26 September 2023. Dengan akses itu, mereka akan mempunyai kandungan yang berteraskan Muslim seperti filem, siri TV dan animasi Muslim.
"Di samping itu, mereka juga boleh menikmatinya semasa dalam perjalanan melalui aplikasi dan laman web Muslim Pro. Ini ialah aplikasi penstriman ke-12 kami di platform, jadi kami sangat gembira dan teruja untuk bersama Qalbox," kata Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Astro, Shafiq Abdul Jabbar.
Beliau ditemui pada majlis pelancaran kolaborasi eksklusif Astro - Qalbox di ibu negara, pada Khamis.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bitsmedia, Nik Emir Din dan Fara Abdullah, serta Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario.
"Qalbox adalah dua dalam satu, ia adalah aplikasi penstriman video yang kami tambahkan bersama-sama dengan aplikasi penstriman lain dan ia juga merupakan aplikasi gaya hidup.
"Jadi serentak dengan akses kepada Qalbox, anda akan mendapat dua bulan akses percuma kepada Muslim Pro Premium, yang merupakan ciri yang tidak banyak dimiliki oleh mereka yang mempunyai aplikasi itu," katanya lagi.
Pelanggan Astro yang memiliki Ultra dan Ulti Box, akan menikmati langganan percuma eksklusif Qalbox serta akses premium Muslim Pro selama dua bulan, bermula dari 27 Julai lalu hingga 26 September depan.
Selepas tempoh dua bulan akses percuma berakhir pada 26 September 2023, pelanggan Astro masih boleh mengakses Qalbox dan Muslim Pro dengan menambahnya ke langganan mereka dengan tawaran eksklusif.
Topic Berkaitan
#Astro
#qalbox
#aplikasi
#Muslim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan