awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert OneRepublic di Kuala Lumpur pada 1 Mac 2023

Faida Rahim
Faida Rahim
21/09/2022
08:56 MYT
Konsert OneRepublic di Kuala Lumpur pada 1 Mac 2023
Pembelian tiket boleh dilakukan menerusi laman web rasmi OneRepublic dan GoLive. - Sumber foto Live Nation
KUALA LUMPUR: Band pop rock Amerika Syarikat (AS), OneRepublic bakal kembali ke Kuala Lumpur buat kali ketiga untuk konsert siri jelajah OneRepublic pada suku pertama 2023.
Kali terakhir membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 2018, OneRepublic di Kuala Lumpur bakal menggegarkan pentas mega di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 1 Mac, 2023
Pengumuman itu disahkan penganjur konsert Live Nation dalam sebuah kenyataan dikeluarkan hari ini.
“Kami teruja mengumumkan OneRepublic bakal mengadakan konsert jelajah Asia bermula Februari hingga Mac2023 dan turut singgah ke Kuala Lumpur untuk membuat persembahan secara langsung," menurut kenyataan media itu.
OneRepublic dijangka mengadakan persembahan di lima negara termsuk Singapura, Kuala Lumpur, Bangkok, Taipei dan Tokyo.
Tiket untuk menyaksikan kumpulan yang popular menerusi lagu-lagu seperti Counting Stars, Good Life dan West Coast ini boleh didapati di laman web rasmi GoLive dan livenation.my bermula 29 September (Rabu) untuk pendaftaran keahlian dan juga akses pra-jualan.
Pra-jualan untuk kelab peminat bermula pada 27 September (Selasa) 10 pagi hingga 11.59 malam, diikuti pra-jualan Live Nation pada 28 September (Rabu) pada jam 10 pagi hingga 11.59 malam.
Untuk konsert pada kali ini, hanya ada satu harga tiket yang tersedia untuk pembelian iaitu General Admission (GA) & Free Standing kerana diadakan di dewan tunggal Pusat Konvensyen KL.
Tiket dijual pada harga RM388.
Topic Berkaitan
#OneRepublic
#konsert Asia
#Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
#Konsert OneRepublic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan