awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi peluk bukan gimik - Ismail Izzani

Sinar Harian
Sinar Harian
13/09/2018
12:23 MYT
Kontroversi peluk bukan gimik - Ismail Izzani
Ismail menjelaskan isu panas tersebut tidak memberi sebarang kebaikan kepada kariernya malah ia hanya mencalarkan imej dan maruahnya sebagai penyanyi. - Foto Instagram/ismailizzani
PENYANYI Ismail Izzani menyangkal dakwaan netizen bahawa dia mengambil kesempatan terhadap kontroversi melandanya baru-baru ini bagi mempromosikan single terbaharu, Bidadari.
Ismail menjelaskan isu panas tersebut tidak memberi sebarang kebaikan kepada kariernya malah ia hanya mencalarkan imej dan maruahnya sebagai penyanyi.
"Saya tak perlu gimik-gimik macam ini untuk promosi lagu kerana isu itu membabitkan maruah dan hanya memalukan sahaja.
"Sebaliknya, boleh menutup punca rezeki saya sebagai penyanyi, ia bukan gimik yang direka-reka dan saya tak perlu kontroversi itu!," katanya kepada mStar Online.
BACA: 'Mael, duit aku mana? Aku ni dahlah janda' - Zarina Anjoulie akhirnya buka mulut BACA: Artis jatuhkan artis: Ismail Izzani baru percaya cakap mama
BACA: Sakit, tapi bukan mengandung dengan Ismail Izzani - Zarina Anjoulie Ismail diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya dia mencipta kontroversi tersebut bagi mempromosikan lagu terbaharunya itu.
Sebelum ini, penyanyi berusia 18 tahun ini menjadi bualan hangat netizen apabila aktres Fathia Latiff berkongsi foto di laman Instagram memperlihatkan Ismail seakan-akan sedang memeluk Zarina Anjoulie di sebuah kelab malam.
Selepas tersebarnya gambar berkenaan, Ismail membuat permohonan maaf dan memberitahu akan dia akan berkongsi cerita sebenar apabila tiba waktunya kelak.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sabar ini memberitahu pelancaran single baharunya itu terpaksa ditunda disebabkan kontroversi tersebut.
"Kalau ikut perancangan bulan ini lagu itu dilancarkan tapi sebab isu-isu begini terpaksa ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Sekarang ni saya nak rileks dulu dan biar benda ni selesai, baru kita akan fokus dengan kerja.
"Mujurlah syarikat label muzik memahami situasi yang sedang berlaku dan mereka terus memberikan sokongan kepada saya," katanya.
Topic Berkaitan
#Fathia Latiff
#gimik
#Instagram
#Ismail Izzani
#penyanyi
#Zarina Anjoulie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan