awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontroversi video: Anjur sidang media, Syafiq Kyle akhirnya buka mulut

Gempak
Gempak
30/05/2018
01:30 MYT
Kontroversi video: Anjur sidang media, Syafiq Kyle akhirnya buka mulut
Syafiq pada sidang media malam tadi. Foto Astro GEMPAK.
BAGI menghormati bulan Ramadan, pelakon Syafiq Kyle memilih untuk tidak memberikan jawapan mengenai isu video kontroversi yang didakwa miripnya.
Bertemu dengan pihak media di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi, Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 26, mahu terus memandang ke hadapan.
Ketika ditanya mengenai kesahihan video tersebut, Syafiq tidak mengiyakan atau tidak menidakkan dakwaan terbabit.
"Tujuan saya mengadakan sidang media ini adalah untuk saya terus 'move on' dan meneruskan kehidupan.
“Saya sedar yang saya merupakan insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau memendekkan isu ini namun saya memilih untuk menghentikannya. Pada masa yang sama, saya mahu menghormati bulan Ramadan.
“Bagi saya, terpulanglah bagaimana mereka di luar sana mahu menafsirkan perkara ini, tetapi ini merupakan jawapan saya buat masa ini dan tiada lagi jawapan lain selepas ini di masa akan datang.
"Sejujurnya, saya sangat menghargai dugaan yang datang dan sesungguhnya, ia mematangkan saya,” ujarnya.
Tambah Syafiq, dia mengetahui perkara ini sejak dua tahun lalu tetapi tidak dapat memastikan mengenai kesahihannya.
"Saya tahu mengenai perkara ini semenjak dua tahun lalu tapi saya cuma mendapat beberapa 'hint' sahaja. Saya sendiri tak tahu kebenaran perkara itu.
"Saya juga tak tahu video ini dijual di laman internet. Saya tak sedar dan tak faham kerana saya bukan jenis orang yang 'menggodek' telefon," katanya lagi.
Ketika diajukan soalan mengenali wanita yang dikenali dengan nama Mira dalam video itu, Syafiq sendiri tidak pasti mengenai perkara tersebut.
"Mungkin saya pernah kenal dengan individu terbabit tetapi saya tak mahu memikirkannya kerana saya sendiri enggan memanjangkan perkara ini lagi.
"Mengenai 'screenshot' perbualan yang viral di laman sosial, saya sendiri tak kenal dengan individu yang menularkannya dan paparan skrin tersebut itu disunting pihak tak bertanggungjawab.
"Saya memberikan tumpuan kepada isu video dan bila timbul pula isu lain, saya serahkan kepada pihak pengurusan untuk mengendalikannya," katanya lagi.
Sebelum mengadakan sidang media malam tadi, Syafiq memberikan kenyataan di laman Instagram miliknya petang semalam.
Teks & Foto: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#dugaan
#hotel
#Instagram
#kontoversi
#laman sosial
#MIRA
#pelakon
#perbualan
#Ramadan
#screenshot
#Syafiq Kyle
#Tular
#Twitter
#video
#viral
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan