PENULARAN wabak koronavirus semakin membimbangkan.
Orang ramai tidak kira daripada apa juga latar belakang kini mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan.
Hal itu termasuklah kumpulan Super Junior yang mengambil inisiatif mendermakan lebih 10,000 keping topeng muka kepada orang awam.
Topeng muka berkenaan diserahkan kepada Community Chest of Korea pada Rabu untuk diberikan kepada kanak-kanak dan remaja di Korea Selatan.
"Dengan virus Korona yang baru tersebar di Korea, kami memutuskan untuk memberikan bantuan kepada kanak-kanak kerana sistem imunisasi mereka masih rendah, tambah pula mereka aktif di luar kawasan rumah.
"Ini adalah usaha kecil kami tapi besar harapan ia akan membantu mengurangkan risiko jangkitan," kata wakil Super Junior.
Dalam perkembangan lain, Super Junior terpaksa menangguhkan rakaman persembahan Super Junior The Stage berikutan penularan wabak Koronavirus.
Kumpulan ini muncul dengan album kesembilan, Timeless, pada Selasa lalu.
Setakat ini Korea Selatan telah merekodkan tiga kes berkaitan wabak koronavirus.
Sumber: Soompi
Gempak
Fri Jan 31 2020
Kumpulan Super Junior yang mengambil inisiatif mendermakan lebih 10,000 keping topeng muka kepada orang awam.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
COVID-19: Perancis lanjutkan langkah kecemasan hingga 11 Mei
Macron berkata langkah tegas akan terus dikuat kuasa dan sempadan negara akan ditutup hingga 11 Mei.
Koronavirus: Super Junior derma 10,000 topeng muka
Topeng muka berkenaan diserahkan kepada Community Chest of Korea pada Rabu untuk diberikan kepada kanak-kanak dan remaja di Korea Selatan.