awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah benar lanjutan masa tiga bulan sekat PSI guna AS$340 juta dikaitkan 1MDB
SPRM mulakan siasatan dakwaan transaksi wang akaun pegawai kanan tentera
Pesawat Tentera Laut Mexico terhempas di Texas, lima maut, seorang hilang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kumpulan K-pop terdedah kakitangan perfileman positif COVID-19

Isabelle Leong
Isabelle Leong
22/10/2020
05:11 MYT
Kumpulan K-pop terdedah kakitangan perfileman positif COVID-19
Memetik laporan tempatan, kedua-dua kakitangan itu kemudiannya meninggalkan lokasi untuk menjalani ujian saringan. - Gambar Hiasan
DUA individu yang bertugas di set penggambaran yang melibatkan sebuah kumpulan K-Pop telah disahkan positif jangkitan COVID-19.
Tatkala sesi penggambaran sedang berlangsung, kedua-dua kakitangan berkenaan dimaklumkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Seoul cawangan Gangnam bahawa mereka berkemungkinan merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19.
Memetik laporan tempatan, mereka meninggalkan lokasi penggambaran untuk menjalani ujian saringan dan tidak lama kemudian, disahkan positif jangkitan virus korona.
Difahamkan, penggambaran berkenaan melibatkan kumpulan K-pop OnlyOneOf.
View this post on Instagram
[#Teaser/
Berita tersebut disahkan agensi 8D Creative yang menaungi kumpulan itu, menurut laporan allkpop.
Bagaimanapun, kedua-dua kakitangan yang masing-masing berusia 30-an dan 40-an itu tidak terlibat secara langsung dengan 8D Creative kerana merupakan kakitangan sebuah agensi luar.
Sementara itu, OnlyOneOf telah mengiikuti penggambaran dengan menjelajah bandar-bandar di wilayah utara Jeolla sejak 21 Oktober.
Sekitar 25 staf penggambaran dan empat anggota OnlyOneOf terlibat dalam penggambaran yang terdedah pada dua kakitangan yang disahkan positif COVID-19 itu.
View this post on Instagram
Posted @withregram • @billboard_korea #온리원오브 #빌보드코리아
“Anggota OnlyOneOf iaitu KB, Love, Yoojung dan Nine merupakan kontak rapat kepada kedua-dua kakitangan yang diuji positif COVID-19.
“Semua anggota OnlyOneOf dan juga semua kakitangan agensi kami secara sukarela membuat keputusan untuk menjalani ujian saringan,” kata 8D Creative dalam satu kenyataan.
OnlyOneOf membuat debut pada May 2019 dan dianggotai oleh tujuh jejaka iaitu Love, KB, Rie, Yoojung, Junji, Mill dan Nine.
Topic Berkaitan
#Kumpulan K-Pop
#kakitangan perfileman
#COVID-19
#positif jangkitan
#OnlyOneOf
#8D Creative
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan