Khabar angin yang bertiup tentang Bobbi Kristina Brown, anak penyanyi lagenda, Whitney Houston yang dipercayai sudah meninggal dunia adalah palsu.

Menurut TMZ, kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam bapanya, Bobbi Brown mengesahkan bahawa tiada kebenaran dalam laporan yang menyatakan bahawa salah seorang ahli keluarganya telah meminta supaya alat bantuan pernafasannya dihentikan pada hari ibunya meninggal dunia pada 11 Februari, 2012.

Ahad lalu, TMZ telah dimaklumkan oleh ahli keluarga Brown yang sokongan alat pernafasan itu dicabut pada hari ini agar "hubungan ibu dan anak perempuan ini kekal untuk selama-lamanya."

USA Today melaporkan bahawa dalam kenyataan peguam itu, Christopher Brown, meluahkan kritikan tajam terhadap laporan media yang sentiasa dahagakan cerita sensasi selebriti.

"Laporan-laporan palsu yang terus muncul di media cetak dan di Internet adalah mengerikan, palsu dan akan saya uruskan pada masa yang sesuai," kata kenyataan itu.

"Khususnya, laporan palsu TMZ, The National Enquirer, The Atlanta Journal-Constitution dan (British) Daily Mail, memetik sumber polis, sumber keluarga dan Bobby Brown, sudah tentu akan mendapat perhatian saya.

"Keinginan untuk menjadi 'pertama' telah mengaburi kewarasan ramai pemberita kerana mereka melupakan fakta dan ketepatan."

Us Weekly telah dilaporkan sebagai berkata, bahawa sumber keluarga Houston mempunyai telah menafikan khabar angin ini sepenuhnya dan menambah bahawa ianya ‘tidak benar sama sekali’.


Keluarga
Saat bahagia bersama - Bobbi Kristina bersama ibunya, Whitney Houston dan ayahnya, Bobby Brown sewaktu cuti bersama-sama keluarganya. - Sumber Foto: AFP

Keluarga Houston dan keluarga Brown sentiasa menjadi dan mendapat perhatian umum, terutamanya sejak pemergian Whitney Houston, dengan deretan khabar angin berkaitan dengan perpecahan keluarga, konflik dan penagihan dadah.

USA Today melaporkan bahawa sumber rapat dengan keluarga juga telah mengesahkan bahawa Bobbi Kristina dalam keadaan koma dan otaknya masih berfungsi.

Kedua-dua keluarga keluarga juga berada dalam harmoni dan bersama-sama secara aktif mengadakan sesi doa di hospital.

Bobbi Kristina kini berada dalam Unit Rawatan Rapi di Universiti Hospital Emory, Atlanta dan berada dalam keadaan koma selama sepuluh hari.

Dia didapati tidak responsif dalam tab mandinyadi kediamannya di Roswell, Georgia dengan kecederaan di muka dan badannya.

Us Weekly juga melaporkan bahawa polis telah melancarkan siasatan jenayah, dengan memberi tumpuan kepada Nick Gordon dikatakan suami kepada Bobbi Kristina.

Gordon, yang dilaporkan telah melakukan CPR ke atas Bobbi selepas dijumpai dalam tab mandi, tidak kelihatan selepas itu dan tidak langsung melawat Bobbi di hospital.

Minggu lepas, CNN melaporkan bahawa Gordon kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa bagi kecederaan yang tidak dapat dijelaskan seperti yang ditemui pada badan Bobbi.

E! melaporkan bahawa minggu lepas, Bobby Brown mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan dia sendiri akan ‘menyiasat peristiwa’ yang mengakibatkan anaknya dimasukkan ke hospital sambil menjelaskan bahawa anaknya tidak pernah berkahwin dengan Gordon, meskipun mereka kerap dilihat bersama, mereka bukanlah pasangan suami dan isteri.

Pihak polis berkata, mereka telah menemui dadah di dalam kediaman Bobbi, namun, masih belum jelas punca ‘kemalangan’ Bobbi Kristina ini.

Pada tahun 2012, laporan koroner rasmi menunjukkan bahawa Whitney Houston telah lemas dalam tab mandi, dengan penyakit jantung dan penggunaan kokain yang disenaraikan sebagai faktor yang menyumbang.

Bolehkah ini mungkin menjadi satu lagi tragedi yang sama untuk Browns dan Houstons?