awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Lurking Woods' boleh ditonton di Amerika Syarikat secara 'online'

Gempak
Gempak
23/08/2018
00:08 MYT
'Lurking Woods' boleh ditonton di Amerika Syarikat secara 'online'
Rizal Hashim bangga filem arahannya, Lurking Woods, mendapat perhatian penonton di Amerika Syarikat. - Astro Gempak
PENGARAH filem tempatan, Rizal Halim yang mencipta nama di Australia menerusi filem pertamanya, Lurking Woods mencatat satu lagi pencapaian terbaik buat filemnya itu apabila ia boleh ditonton di Amerika Syarikat (AS) secara dalam talian.
Akuinya, dia juga terkejut dengan permintaan penonton di sana yang ingin menonton filem tersebut yang akan ditayangkan bermula 29 Ogos ini.
“Tak sangka apabila diberi peluang sebegini sebab pada mulanya saya menyasarkan filem ini ke pasaran Eropah dulu pada tahun depan,” katanya kepada Astro Gempak.
Jelasnya, bukan semua filem dari mana-mana negara mudah untuk masuk ke pasaran ‘online’ di AS.
“Saya percaya filem genre seram sebegini mempunyai pengikut di sana. Begitu juga filem ini pernah ‘diwartakan’ sebagai filem ikonik Australia selepas filem seram, Wolf Creek.
“Maksud filem ikonik iaitu filem-filem yang terpahat dalam ingatan penonton seperti Friday The 13th, Halloween dan sebagainya,” katanya.
Rizal memberitahu filemnya ini pernah mendapat sambutan menggalakkan daripada penonton sehingga panggung penuh ketika tayangan perdana di Perth meskipun tiket dikenakan pada harga AUS$50.
“Jalan cerita filem ini membuatkan penonton berfikir dan elemen suspen pula menjadi sehingga penonton menjerit,” katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Australia
#hiburan
#lurking woods
#pengarah filem
#rizal hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan