awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Malam Gala Amal SapuraKencana kutip lebih RM200 ribu

Astro Awani
Astro Awani
22/03/2013
11:23 MYT
Malam Gala Amal SapuraKencana kutip lebih RM200 ribu
Lebih RM200,017 berjaya dikumpul sempena Malam Gala Amal SapuraKencana Malaysian Grand Prix 2013.
RM86,000 daripada dana yang akan disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara itu, diperolehi daripada sesi bidaan manakala selebihnya hasil sumbangan tetamu.
Antara barangan bidaan yang paling mendapat sambutan adalah sepasang subang berlian daripada Ceres yang dibeli dengan harga bidaan tertinggi iaitu RM70,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC) Datuk Razlan Razali berkata, sambutan yang diterima terhadap majlis itu berjaya melepasi jangkaan penganjur.
“Tahun ini memang berlainan kerana ini merupakan ulang tahun Formula 1 di Malaysia dan saya merasakan ini merupakan Malam Gala yang paling gilang gemilang,” kata Razlan.
Sementara itu, Ketua Asalan dan Liputan Pelanggan Perbankan Borong Standard Chartered Malaysia, Saif Malik berkata selaku penaja, majlis tersebut membantu Standard Chartered mengukuhkan jalinan perniagaannya.
“Ini merupakan satu peluang yang amat bernilai buat Standard Chartered untuk menyokong program amal seperti ini bagi mengukuhkan hubungan dengan mereka yang hadir.” Kata Saif.
Gala Amal "SapuraKencana Malaysia Grand Prix 2013" dianjurkan sempena Grand Prix Formula One Malaysia di Litar Sepang hujung minggu ini.
Majlis turut dihadiri selebriti antarabangsa seperti Teri Hatcher, Josh Harnett, Kimora Lee Simmons dan pemandu-pemandu Formula One dari pasukan yang bertanding.
Topic Berkaitan
#Malam Gala Amal SapuraKencana
#Malaysian Grand Prix 2013
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan