awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Malang tidak berbau, anak ibu jatuh' - Siti Nurhaliza syukur Aafiyah selamat jalani pembedahan

Gempak
Gempak
06/02/2023
02:10 MYT
'Malang tidak berbau, anak ibu jatuh' - Siti Nurhaliza syukur Aafiyah selamat jalani pembedahan
Siti menerusi muat naik di Instagram Stories memaklumkan Aafiyah terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas terjatuh ketika bermain skuter. - Gempak
PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza melahirkan rasa syukur apabila anak perempuanya, Siti Aafiyah selamat menjalani pembedahan selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil.
Menerusi hantaran video di Instagram, Siti, 44, berkongsi momen sebelum Aafiyah di masukkan ke bilik pembedahan selain berterima kasih kepada pihak hospital dan doktor yang terlibat.
“Alhamdulillah, proses di OT (operation theatre) berjalan dengan lancar. Terima kasih doktor pakar. Insya-Allah Aafiyah segera sembuh.
“Video ini ayah (Datuk K) ambil sebelum Aafiyah masuk bilik OT, tengah memujuk Aafiyah,” kongsinya.
Terdahulu, Siti menerusi muat naik di Instagram Stories memaklumkan Aafiyah terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital selepas terjatuh ketika bermain skuter.
“Malang tidak berbau, anak ibu (Aafiyah) jatuh scooter. Kena masuk OT. Doakan semoga Allah permudahkan,” kongsinya.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
Dalam pada itu, pelantun lagu Purnama Merindu itu berkata, dia terpaksa membatalkan beberapa undangan persembahan susulan insiden tersebut.
“Minta maaf kepada client kerana saya terpaksa membatalkan persembahan saya di saat akhir kerana kemalangan yang menimpa anak saya. Doakan semoga semua dipermudahkan,” tambahnya.
-Gempak
Topic Berkaitan
#Siti Nurhaliza
#Siti Aafiyah
#jatuh skuter
#pembedahan kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan