HANCUR musnah! Barangkali, itulah perasaan yang mungkin boleh digambarkan selepas Malaysia diumumkan bukan sebagai pemenang kategori Kostum Nasional di acara Miss Universe 2019.
Sebaliknya, kategori berkenaan adalah milik Filipina dan bukannya Malaysia seperti yang diumumkan lebih awal.
Filipina diwakili oleh Gazini Ganados.
Jika diikutkan ini adalah kemenangan yang sangat bermakna buat Malaysia kerana ini merupakan kemenangan pertama Malaysia di pentas Miss Universe.
BACA: Malaysia juara National Costume Miss Universe 2019
Berita kesilapan pengumuman itu dikongsi di laman Twitter rasmi Miss Universe yang sekali gus mencetus perdebatan dalam kalangan penggemar acara itu dan netizen.
Dalam masa sama, video yang memaparkan sedutan wawancara dengan wakil Malaysia, Shweta Sekhon sebagai 'pemenang' kategori Kostum Nasional telah dipadam di laman Twitter itu.
Miss Universe 2019 telah berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Amerika Syarikat dan dikendalikan oleh Steve Harvey .
Ini bukan kesilapan pertama dilakukan dalam acara terbesar dunia itu, sebaliknya, pada 2015. Harvey pernah tersalah mengumumkan pemenang utama Miss Universe antara Ariadna Gutiérrez yang mewakili Colombia yang sepatutnya dimenangi oleh Pia Wurtzbach (Filipina).
Apa pun, Malaysia mengharapakan bahawa kemenangan tersebut akan kekal menjadi milik Shweta Sekhon.
Asyraf Roslan
Mon Dec 09 2019

Malaysia barangkali harus terima apa sahaja keputusan yang telah terjadi dalam gelanggang Miss Universe 2019. - Gambar Instagram/MissUniverseMalaysia

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hadid lantik Tan Sri Apandi Ali sebagai pengerusi baharu
Hadid yakin kehadiran Tan Sri Apandi akan meningkatkan prestasi perniagaan, dalam dan luar negara.

32 kakitangan Hospital Melaka disah positif COVID-19
Hospital Melaka masih mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes COVID-19 meskipun 32 kakitangan hospital itu didapati positif wabak berkenaan.

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

COVID-19: Thailand rekod peningkatan kes harian tertinggi setelah pengesanan kes aktif
Thailand merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 tertinggi sejak wabak itu menular di negara itu pada Januari tahun lepas.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tambahan slot program TV Pendidikan untuk calon SPM bermula esok - KPM
Bermula esok, Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah slot program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Safee Sali, Hadin Azman perkuat skuad KLUFC dalam saingan Liga-M 2021
Mohd Safee mengakui teruja kembali beraksi bersama KLUFC selepas sekian lama dan berazam membalas kepercayaan itu dengan memberikan segalanya demi membantu pasukan mencapai kejayaan.

UiTM meterai MoU dengan tiga syarikat, buka peluang untuk pelajar berniaga
MoU itu merupakan kesinambungan Pelan Strategik UiTM 2025 bagi membuka peluang kepada pelajar menceburi bidang keusahawanan.

Tiga MoU dimeterai, kerjasama aliran komoditi bekalan makanan
Tiga MoU dimeterai hari ini membabitkan PWS, MBM, Majlis Gabungan Pengerus-pengerusi Penduduk Perumahan Awam dan panel konsortium bagi bagi mengalakkan kerjasama aliran komoditi bekalan makanan.

Taraf Raya meterai MOU dengan MRL dan CCC berkaitan projek ECRL
Taraf Raya Sdn Bhd telah menandatangani MoU dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC) berkaitan kerjasama dalam Projek ECRL di Pahang.

Kemarau dijangka di Terengganu antara tahun 2025 dan 2030 - Kajian
Perubahan iklim yang agak ekstrem ketika itu turut melibatkan negeri-negeri lain, namun Terengganu dijangka mengalaminya dalam tempoh lebih panjang.

323 kontraktor bakal dapat manfaat projek infrastruktur awam RTS - Hasni
Projek infrastruktur awam untuk RTS antara Johor Bahru-Singapura dijangka akan memberi manfaat kepada 323 kontraktor Bumiputera Johor yang akan terlibat secara langsung dalam pembinaannya.

Sarawak Energy, Petronas kerjasama terokai pengeluaran hidrogen
MoU ini menandakan kejayaan penting dalam usaha Sarawak meningkatkan dan menceburi bidang eksport tenaga hidrogen bagi memenuhi permintaan tenaga bersih global.

Kurangkan pekerja asing, Sarawak giat latih anak tempatan
Sarawak mahu buka lebih banyak peluang kepada anak negeri itu bagi mengisi peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang teknikal.

NCT Group, Universiti UCSI bimbing pelajar hadapi cabaran dunia pekerjaan
NCT Group meterai kerjasama dengan Universiti UCSI. Membentuk pelajar untuk melangkah ke sektor pekerjaan

MITI lancar pameran maya #MyAPEC2020
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menganjurkan pameran #MyAPEC2020 yang bakal dilaksanakan secara maya.