awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023

Gempak
Gempak
13/11/2022
03:20 MYT
Mechamato cipta sejarah, tercalon di Anugerah Festival Anime Tokyo 2023
Mechamato The Animated Series adalah satu-satunya siri dari Malaysia yang berjaya menembusi carta TOP 10 undian siri TV popular di Jepun. - Gempak
SIRI animasi Mechamato sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila tercalon dalam TOP 10 Anugerah Festival Anime Tokyo 2023 yang sedang berlangsung di Jepun ketika ini.
Mechamato The Animated Series adalah satu-satunya siri dari Malaysia yang berjaya menembusi carta TOP 10 undian siri TV popular di Jepun.
Menariknya lagi, ia merupakan satu-satunya siri bukan keluaran Jepun yang tercalon dalam TOP 10 pencalonan Anugerah Festival Anime Tokyo 2023 tersebut.
Terdahulu, siri animasi tersebut telah memasuki carta pada tempat ke-28 di antara 411 anime yang dicalonkan pada Jumaat lepas.
Mengejutkan lagi, hanya dalam tempoh kurang daripada seminggu, Mechamato The Animated Series kini melonjak naik ke tangga ke enam sekaligus mengatasi siri popular seperti Detective Conan, One Piece, Attack on Titan - The Final Season Part 2 dan Ousama Ranking.
Mechamato Karya MONSTA
Mechamato adalah anak emas baharu daripada syarikat MONSTA iaitu pencipta siri popular BoBoiBoy.
MONSTA sudah bertapak di dalam industri animasi tempatan selama lebih 10 tahun terkenal di rantau Asia Tenggara dengan gerakkan rancak dan proaktif mereka yang sentiasa memasarkan hero-hero tempatan ke persada dunia.
Karya terbaru MONSTA, Mechamato telah mengharungi era pasca-pandemik yang sukar dengan berjaya apabila siri tersebut memperoleh hak penyiaran untuk lebih 64 negara sebaik sahaja ditayangkan pada tahun 2021.
Siri itu juga mendapat tempat tertinggi di TOP KIDS SHOW di saluran penstriman Netflix bagi negara Malaysia, Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.
Filem Mechamato
Dalam perkembangan lain, Mechamato akan mengeluarkan filem blokbuster yang terulung pada 8 Disember depan di seluruh pawagam negara.
MONSTA turut berusaha untuk membawa filem itu ke tayangan antarabangsa pada tahun 2023. - Gempak
Topic Berkaitan
#Mechamato
#animasi Malaysia
#Anugerah Festival Anime Tokyo
#MONSTA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan