awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
Projek baik pulih cerun VHF perkukuh keselamatan infrastruktur negara
Proton perluas strategi elektrifikasi dengan menceburi segmen PHEV
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Merepeklah!, Saya tidak akan membuat permohonan maaf..." - Sajat nafi minta tukar jantina

Gempak
Gempak
18/06/2019
04:11 MYT
"Merepeklah!, Saya tidak akan membuat permohonan maaf..." - Sajat nafi minta tukar jantina
NURSAJAT: " "Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina."
USAHAWAN kosmetik, Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nursajat enggan membuat permohonan maaf terhadap seorang individu bernama Yusmiliati Mohamed Yusof selepas mendakwa telah dianiaya.
Menurut laporan mStar Online, Sajat turut menafikan pernah membayar bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen menukar maklumat jantina di dalam MyKad seperti yang didakwa Yusmiliati.
"Merepeklah! Saya tak pernah minta tukar jantina. Saya juga tidak akan membuat permohonan maaf atau membayar sebarang pampasan seperti yang dituntut individu tersebut.
"Sebab saya pun tidak kenal dan tidak pernah bertemu dengan dia, semua yang didakwa itu juga tidak benar.
"Saya tidak ada kena mengena pun sebab yang buat laporan polis itu pembantu saya, jadi kenapa pula saya yang kena minta maaf" katanya.
BACA: Muhammad Sajjad diberi tempoh 48 jam untuk mohon maaf atau...
Semalam menerusi satu sidang media, Yusmiliati berkata dia dikenalkan seorang rakan dengan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sekitar Jun 2017.
Yusmiliati juga mengakui beberapa kali bertemu dengan Sajat dan pembantunya, Ashaari Maznan bagi mendapatkan pertolongan menguruskan dokumen berkaitan permohonan menukar maklumat jantina dalam MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada Ogos 2017.
Bagaimanapun permohonan tersebut ditolak kerana Sajat didakwa gagal mengemukakan beberapa dokumen rasmi perubatan yang mengatakan dirinya khunsa.
Akibat tidak berpuas hati kerana permohonannya gagal, Sajat dan pembantunya yang didakwa turut mahu menukar maklumat jantina dalam MyKad membuat laporan polis terhadap Yusmiliati pada 29 Ogos 2018 atas tuduhan menipu.
Disebabkan itu, Yusmiliati ditahan reman selama empat hari pada 1 Januari lalu di Balai Polis Ampang atas kesalahan jenayah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Malah, Yusmiliati turut dituduh di Mahkamah Majistret Ampang atas dua tuduhan iaitu menipu dan kes masih dalam proses sebutan disebabkan dia mengaku tidak bersalah. - Sumber:mStar Online
Topic Berkaitan
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#Muhammad Sajjad
#mykad
#Nursajat
#tukar jantina
#usahawan kosmetik
#Yusmiliati Mohamed Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan