awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Michelle Yeoh bawa trofi Oscar kunjung PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2023
06:24 MYT
Michelle Yeoh bawa trofi Oscar kunjung PM Anwar
Anwar menzahirkan ucapan terima kasih kepada aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu yang membawa trofi yang dimenanginya menerusi filem Everything Everywhere All At Once. - Foto PMO
PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Tan Sri Michelle Yeoh, pelakon Malaysia pertama yang meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi (Oscar) ke-95.
Pekara itu dikongsi Perdana Menteri melalui hantaran di Instagram Story pagi ini.
Dalam perkongsian itu, Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu kerana membawa trofi yang dimenanginya menerusi filem Everything Everywhere All At Once pulang ke Malaysia.
Dua hari lalu, Michelle Yeoh meraikan kejayaan di pentas berprestij itu bersama peminat di pusat beli-belah, Pavilion Kuala Lumpur.
Bintang filem Everything Everywhere All At Once itu turut diraikan pada majlis istimewa buat kali pertama di Malaysia yang diberi nama, Pride of Malaysia Michelle Yeoh Homecoming Public Fan Meet dengan dilengkapi hamparan karpet merah terpanjang.
  Dua hari lalu, Michelle Yeoh meraikan kejayaan di pentas berprestij itu bersama peminat di pusat beli-belah, Pavilion Kuala Lumpur. - Foto Instagram Story Anwar Ibrahim
Dua hari lalu, Michelle Yeoh meraikan kejayaan di pentas berprestij itu bersama peminat di pusat beli-belah, Pavilion Kuala Lumpur. - Foto Instagram Story Anwar Ibrahim
  Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu. - Foto Instagram Story Anwar Ibrahim
Anwar turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada aktres Hollywood kelahiran Ipoh, Perak itu. - Foto Instagram Story Anwar Ibrahim
Minggu lalu, beliau dilaporkan kembali ke Malaysia lebih awal dan menunjukkan kepada ibunya, Datin Janet Yeoh, 84, trofi Oscar dimenanginya itu.
Michelle Yeoh turut membawa trofi itu ke pusara bapanya, mendiang Datuk Yeoh Kian Teik. Yeoh pulang ke tanah air bagi menyambut ulang tahun ibunya, Janet yang sudah menjadi kepulangan wajib saban tahun.
Pada edisi ke-95 Oscar, Michelle Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough yang membintangi filem To Leslie: Cate Blanchett (Tar); Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).
Michelle Yeoh terbuka kepada peluang bangun industri tempatan
Sebelum ini, menerusi watak Evelyn Quah Wang, Yeoh meraih kemenangan dalam kategori sama iaitu Pelakon Wanita Terbaik pada beberapa acara lain termasuk Anugerah Golden Globe ke-80 dan Screen Actors Guild Awards (SAG) Ke-29.
Beliau mula mencipta nama menerusi filem terbitan Hong Kong pada era 1980-an.
Topic Berkaitan
#Michelle Yeoh
#Oscar
#Anwar Ibrahim
#Everything Everywhere All At Once
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan