TINDAKAN pelakon Indonesia, Tamara Tyasmara membenarkan pihak berkuasa menggali kubur anak lelakinya yang meninggal dunia sekitar seminggu lalu menemui jawapan positif.
Andante Pramuditya atau mesra dipanggil Dante dilaporkan maut selepas lemas di sebuah kolam renang awam pada 27 Januari 2024 lalu.
Curiga anaknya mati lemas kerana pandai berenang, Tamara mahu autopsi atau bedah siasat dijalankan terhadap mayat Dante awal bulan ini.
Seiring dengan kubur digali, pihak berkuasa juga mencari bukti kematian menerusi rakaman CCTV di kolam renang awam tersebut.
Dan hasilnya pihak berkuasa menemukan bukti mengejutkan apabila kanak-kanak tersebut sebenarnya maut kerana dibunuh individu yang menemaninya.
Individu tersebut adalah kekasih Tamara iaitu Yudha Arfandi atau YA.
Menurut kronologi kes yang dilaporkan media tempatan, YA telah mendekati Dante yang sedang bersantai di dalam kolam dengan tangannya memegang pembatas kolam.
YA terakam di CCTV mendekati Dante dan setelah melihat keadaan yang agak sunyi dia menenggelamkan kepala kanak-kanak tersebut beberapa kali ke dalam kolam.
Bukan sekali tetapi YA dilihat telah menenggelamkan Dante sebanyak 12 kali sehingga kanak-kanak tersebut tidak bernyawa.
Dante kemudian dilihat tidak timbul lagi sehingga YA cuba ‘menyelamatkannya’.
Jika disabitkan kesalahan, YA berdepan penjara 20 tahun.
Dante adalah anak hasil perkahwinan Tamara dengan pelakon Anger Dimas.
Tamara sebelum ini memberitahu membiarkan anaknya Dante berenang di kolam renang awam tersebut dengan ditemani seorang kenalan sementara dia menjalani penggambaran di lokasi berhampiran.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Feb 10 2024
Andante Pramuditya atau mesra dipanggil Dante dilaporkan maut selepas lemas di sebuah kolam renang awam pada 27 Januari 2024 lalu. - Foto Gempak
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
Pelancongan China dijangka meningkat
Sektor pelancongan China dijangka menyaksikan lonjakan berikutan perkembangan pasaran yang dibawa oleh Festival Qingming awal bulan ini.
Pelabur asing akhiri jualan lapan minggu, aliran masuk RM292 juta
Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM292.2 juta, menurut penyelidikan MIDF Research.
Sarawak komited jalin kerjasama denga Sweden
Lawatan kerja itu sebagai membalas jemputan oleh Menteri Perbadanan Pembangunan Antarabangsa Sweden Johan Forssel semasa pertemuan mereka tahun lepas.
Akaun fleksibel penuhi keperluan kecemasan M40, B40
Pengeluaran dijangka sederhana berikutan KWSP pada 2021 menganggarkan bahawa 60 peratus ahlinya telah kehabisan baki Akaun 2, kini dinamakan sebagai Akaun Sejahtera berikutan kemudahan pengeluaran yang disediakan ketika pandemik.
Kuota generasi solar komersial, industri capai 80 peratus
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor bagi sektor kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta di negara ini.
Misteri kematian anak pelakon terjawab lepas kubur digali
Tindakan pelakon Tamara Tyasmara membenarkan pihak berkuasa menggali kubur anak lelakinya yang meninggal dunia menemui jawapan positif.