awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nelydia tidak marah dituduh orang ketiga

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
22:40 MYT
Nelydia tidak marah dituduh orang ketiga
Akibat memuat naik gambarnya bersama Qi Razali menerusi laman sosial Instagram, Nelydia Senrose didakwa menjadi orang ketiga.
Desas-desus mengatakan Nelydia merupakan punca perpisahan di antara Qi dengan penyanyi terkenal, Yuna.
Aktres berusia 19 tahun itu juga dikatakan mengisi kekosongan hati Qi selepas hubungannya dengan Yuna berakhir pada tahun lalu.
“Sebenarnya saya dan Qi adalah kawan rapat, cuma masyarakat yang memberikan tanggapan bahawa seolah kami sedang hangat bercinta,” kata Nelydia.
Menurutnya, mungkin gambar di Instagram tidak akan dipamerkan jika mengetahui perkara seperti ini bakal terjadi.
“Saya tidak berasa takut pada ketika itu kerana menganggap ianya sebagai perkara biasa memandangkan kami rakan yang baik,” tambahnya.
Mereka mula berkenalan semasa membintangi sebuah drama bersiri, bagaimanapun pada ketika itu pelakon dan pengacara Qi masih bergelar teman lelaki Yuna.
“Bagi saya, ianya benda yang tidak masuk akal dituduh menjadi orang ketiga dan punca perpisahan diantara Qi dan Yuna,” ujarnya.
Nelydia yang mula berlakon sejak berusia 17 tahun itu menyerahkan pada waktu selain mengharapkan supaya perkara ini tidak dipanjangkan lagi.
Topic Berkaitan
#Nelydia Senrose
#Qi Razali
#Yunalis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan