awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik suara Nobita meninggal dunia pada usia 88 tahun

Bernama
Bernama
24/07/2024
06:07 MYT
Pemilik suara Nobita meninggal dunia pada usia 88 tahun
Ohara meminjamkan suaranya bagi watak Nobita, seorang budak lelaki malas tetapi optimis yang dijaga oleh seekor kucing robotik dari masa depan, Doraemon. - Gambar fail
TOKYO: Noriko Ohara, pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular "Doraemon," meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Ohara, atau nama sebenarnya adalah Noriko Tobe telah menerima rawatan untuk satu penyakit, menurut laporan Jiji Press memetik agensinya.
Ohara yang berasal dari Tokyo meminjamkan suaranya bagi watak Nobita, seorang budak lelaki malas tetapi optimis yang dijaga oleh seekor kucing robotik dari masa depan, Doraemon, selama 26 tahun bermula pada 1979.
Peranan ini memberi pengiktirafan kepadanya merentasi pelbagai generasi.
Ohara turut meminjamkan suara emasnya untuk pelbagai watak dalam anime lain termasuk budak lelaki lincah seperti Peter, pengembala kambing dalam "Heidi: Girl of the Alps," dan Conan dalam "Future Boy Conan," termasuk watak wanita menggoda seperti Doronjo, penjahat dalam "Yatterman," dan Oyuki dalam "Urusei Yatsura."
Selain itu, Ohara juga mengalih suara versi Jepun untuk pelakon Amerika, Shirley MacLaine dan pelakon Perancis, Catherine Deneuve dalam pelbagai filem.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemilik suara Nobita
#Noriko Ohara
#meninggal dunia
#Doraemon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan