awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat dikejutkan kehadiran Lady Gaga di medan selera Singapura

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2025
05:40 MYT
Peminat dikejutkan kehadiran Lady Gaga di medan selera Singapura
Lady Gaga mengejutkan peminat apabila muncul di Medan Selera Maxwell, Singapura pada 20 Mei 2025, semasa rehat antara konsertnya dalam siri "Mayhem" di Stadium Nasional. -TikTok @joelcaptures
PENYANYI terkenal, Lady Gaga mengejutkan peminat apabila dilihat menikmati makanan di Medan Selera Maxwell, Singapura pada petang Selasa.

Ringkasan AI
  • Lady Gaga mengejutkan peminat apabila muncul di Medan Selera Maxwell, Singapura pada 20 Mei 2025, semasa rehat antara konsertnya dalam siri "Mayhem" di Stadium Nasional.
  • Beliau berpakaian serba hitam dan menikmati makanan tempatan bersama rombongan, termasuk Milo Dinosaur dan beberapa botol bir, sambil melayan peminat yang mendekatinya dengan mesra.
  • Kehadirannya menarik perhatian ramai, dengan peminat merakam detik tersebut dan berkongsi di media sosial, sementara dua lagi konsertnya dijadualkan berlangsung pada 21 dan 24 Mei.

Lady Gaga, yang berpakaian serba hitam termasuk bodysuit, cermin mata hitam Prada, dan but platform dilihat bersama rombongannya menikmati pelbagai hidangan tempatan.
Antara minuman yang dipesan termasuk Milo Dinosaur serta beberapa botol bir.
Walaupun kehadirannya menarik perhatian ramai, penyanyi berusia 39 tahun itu tetap tenang dan melayan peminat yang mendekatinya.
Sebelum meninggalkan medan selera, sekumpulan kecil peminat berkumpul dan bersorak untuknya.
Seorang peminat bertuah sempat mendapatkan tandatangan Lady Gaga pada rekod vinil album Mayhem miliknya sebelum beliau meninggalkan medan selera dan menuju ke kenderaannya.
Seorang lagi peminat yang berada di situ merakamkan detik tersebut dan memuat naik video di TikTok, menyatakan kegembiraannya kerana dapat melihat Lady Gaga secara langsung.
Lady Gaga berada di Singapura untuk siri konsert eksklusif Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura.
Dua lagi konsert dijadualkan pada 21 dan 24 Mei.
Topic Berkaitan
#Lady Gaga
#Singapura
#konsert
#Medan Selera Maxwell
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan