PUAS dan berbaloi.
Itu yang boleh digambarkan selepas selesai menonton filem aksi, Polis Evo 3 yang padat dengan aksi, lawak dan momen kekeluargaan.
Walaupun harus menunggu sedikit lama selepas Polis Evo 2 yang ditayangkan pada 2018 namun penantian itu sangat berbaloi untuk menyaksikan trilogi filem ini masuk ke panggung wayang.
Boleh dikatakan bahawa garapan pengarah, Syafiq Yusof untuk filem ini sangat memberangsangkan.
Menurut Syafiq, ada hikmah disebalik berlakunya pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa tahun lepas kerana dia mempunyai masa untuk menjadikan filem itu lebih baik.
“Memang dalam tiga tahun itu, kami ada lakukan tambahan penggambaran untuk tambah beberapa babak aksi, babak-babak lain juga,
“Disebabkan PKP tayangan ini ditangguhkan maka kami ada masa yang banyak untuk cantikkan semuanya agar menjadi lebih baik dan sempurna untuk ditayangkan kepada penonton,” katanya pada sidang media Polis Evo 3 di TGV KLCC pada Khamis.
Pada masa sama, Penerbit dan penulis skrip Polis Evo 3, Joel Soh dia sangat bersyukur pihak Astro Shaw bersikap terbuka jika mereka mahu melakukan perubahan bagi menambahbaik setiap babak di dalam filem tersebut.
“Apa yang saya suka kerja dengan Syafiq ini adalah selepas 4-5 bulan kami akan suka buka balik dan lihat apa yang kami nak tambah untuk jadikan ia lebih baik, dan saya nak berterima kasih kepada Jastina dan Astro Shaw kerana sentiasa memberi kebenaran kepada kami untuk menambahbaik babak-babak yang ada supaya mendapat kualiti produk yang lebih baik,” ujar Joel.
Terdahulu francais Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar (Polis Evo), Joel Soh serta Andre Chiew (Polis Evo 2) dan kini legasi tersebut diteruskan oleh Syafiq Yusof.
Masih mengekalkan bintang utamanya iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak, Polis Evo 3 turut menampilkan lakonan hebat Nora Danish, Farali Khan, Douglas Lim, Syafiq Kyle dan Sharnaz Ahmad.
Polis Evo 3 akan menemui peminat di pawagam bermula 25 Mei 2023.
Ikuti Sidang media bersama penerbit, pengarah dan barisan pelakon filem Polis Evo 3.
Asyraf Roslan
Fri May 19 2023

Masih mengekalkan bintang utamanya iaitu Shaheizy Sam dan Zizan Razak, Polis Evo 3 turut menampilkan lakonan hebat Nora Danish, Farali Khan, Douglas Lim, Syafiq Kyle dan Sharnaz Ahmad. - Foto: Astro/Azrul Rafie

Aplikasi COVID-19 Jerman kini dalam 'mod tidur'
Aplikasi Corona Warn tidak lagi dikemas kini atau dibangunkan sehingga notis selanjutnya selepas kontrak tamat pada 31 Mei.

Bali keluar panduan etika untuk pelancong
Pekeliling itu menyenaraikan 16 peraturan yang bertujuan untuk memelihara budaya, alam sekitar dan keselamatan Bali.

Paras risiko siber Malaysia bertambah baik ke 'sederhana' pada separuh kedua 2022
Nilesh Jain berkata peralihan positif itu berpunca daripada penambahbaikan dalam kesediaan siber.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Polis Evo 3 catat kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas, Polis Evo 3 berjaya meraih RM25 juta dalam tempoh 7 hari sejak ia ditayangkan secara rasmi di pawagam.

Polis Evo 3 kutip RM16 juta selepas empat hari ditayangkan
Filem arahan Syafiq Yusof ini mengatasi rekod yang pernah dicapai filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

'Anis ada selagi tidak mati' - Nora Danish kembali dalam Polis Evo 3
Kini selepas lapan tahun, Nora kembali menghidupkan watak Anis.

#PE3 trending di Twitter, penonton puas tonton Polis Evo 3
Boleh katakan semua penonton yang menonton memberi pujian terhadap filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures.

Polis Evo 3 kutip RM3.4 juta pada hari pembukaan
Polis Evo 3 lakar kecemerlangan pada hari pembukaan dengan mengetepikan filem antarabangsa Fast X.

Tayangan awal 'Polis Evo 3' kutip RM1.3 juta
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Pictures berjaya meraih kutipan sneak preview semalam sebanyak RM1.3 juta.

'Sebab kerja saya berjaya' - Isteri Shaheizy Sham 'approve' bentuk badan kekar
Sam berkata Syatilla merupakan antara yang banyak memberikan sokongan kepadanya.

Penantian yang berbaloi, 'Polis Evo 3' saji aksi paling gempak!
Anda wajib tonton filem Polis Evo 3 di pawagam pada 25 Mei ini.

'Peluk tangan tapi ...' - Ini reaksi Sharnaz Ahmad bawa teman ke tayangan 'Polis Evo 3'
Menurut aktor berusia 38 tahun itu, dia dan wanita yang juga merupakan seorang pelakon, Amelia Christe masih lagi dalam fasa mengenal hati budi.

"Walau apa jadi sekalipun, raya nanti saya akan jumpa abang" - Syafiq Yusof
Pengarah dan adik kepada pelakon Syamsul Yusof, Syafiq Yusof merancang untuk menziarahi rumah abangnya seperti sediakala sempena kedatangan Syawal minggu hadapan.