awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua alami kegagalan jantung selepas helikopter terhempas di Gapyeong
PuTERA35: Agenda ekonomi MADANI perlu holistik, perkukuh kelas menengah Bumiputera
Duta Norway ke Jordan letak jawatan susulan hubungan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengarah filem 'Shrek 2' meninggal dunia akibat kanser

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
27/06/2020
04:12 MYT
Pengarah filem 'Shrek 2' meninggal dunia akibat kanser
Kelly Asbury, 60, meninggal dunia setelah sekian lama bertarung nyawa dengan penyakit kanser. -Foto youtube@Social News XYZ
PENGARAH filem animasi popular Shrek 2, Kelly Asbury meninggal dunia pada usia 60 tahun setelah sekian lama bertarung nyawa dengan penyakit kanser.
Jurucakap Asbury, Nancy Newhouse Porter dari Newhouse Porter Hubbard mengesahkan berita sedih itu dan memaklumkan mendiang meninggal dunia di kediamannya di Encino, California, pada Jumaat.
Menurut portal hiburan Deadline, Porter turut menyifatkan Asbury sebagai “individu paling dikagumi dan disayangi dalam industri perfileman animasi Hollywood”.
“Ia sangat mendukacitakan buat semua orang,” ujar Porter.
Asbury merupakan pemegang banyak anugerah dalam industri perfileman animasi.
Antara filem blockbuster arahan beliau adalah Shrek 2, The Little Mermaid (terbitan Disney pada 1989), The Nightmare Before Christmas (1993) dan Toy Story (1995).
Terbaharu, mendiang turut terlibat dalam projek filem animasi besar seperti Frozen dan Wreck-It Ralph.
Mendiang juga pernah melakonkan beberapa watak menerusi alih suara dalam karakter filem animasi yang beliau arahkan.
Topic Berkaitan
#animasi
#California
#Disney
#Frozen
#hiburan
#Hollywood
#mendiang
#meninggal dunia
#pengarah filem
#Shrek 2
#Wreck-It Ralph
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan