awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
Malaysia kekal destinasi pelancongan hujung tahun utama penduduk Singapura
Indonesia, Australia tandatangani perjanjian keselamatan terbesar dalam tiga dekad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peniaga ayam goreng didakwa mirip Lisa BLACKPINK

Gempak
Gempak
02/07/2024
05:53 MYT
Peniaga ayam goreng didakwa mirip Lisa BLACKPINK
Yiwha (kiri) yang turut mempunyai gaya rambut seperti Lisa itu kini semakin dikenali dan menjadi topik bualan ramai orang. - Gempak
KETIKA nama Lisa sedang hangat menjadi bualan susulan penerbitan single terbaharunya, Rockstar, seorang gadis yang dikatakan mirip penyanyi asal Thailand itu turut viral di media sosial.
Tular selepas rakaman video dia menjual ayam goreng dikongsi oleh puluhan netizen, gadis yang turut mempunyai gaya rambut seperti Lisa itu kini semakin dikenali dan menjadi topik bualan ramai orang.
Ayam goreng
Siapakah gerangannya wanita ini? Jom kenali Yiwha, peniaga ayam goreng yang sedang menjadi bualan warganet di alam maya:
Individu bernama Yiwha ini mula meraih tumpuan selepas klip video dia menjual ayam goreng viral di internet. Berusia 17 tahun, Yiwha merupakan peniaga kecil di sebuah daerah yang dikenali sebagai Samut Prakan.
Yiwha mula meraih tumpuan selepas klip video dia menjual ayam goreng viral di internet.
Yiwha mula meraih tumpuan selepas klip video dia menjual ayam goreng viral di internet.
Yiwha kini belajar di Gred 5 di Sekolah Taphan Hin di Phichit. Dia pulang ke Samut Prakan sempena cuti sekolah bagi membantu ibunya menjual ayam goreng di Pasar Wat Asokaram di Samut Prakan.
Ibu Yiwha, Benyapa, 36, menzahirkan rasa gembira kerana peniaga-peniaga yang turut berniaga di pasar itu sering mendekatinya, mengulas tentang persamaan anak perempuannya dengan Lisa.
Yiwha sendiri berasa teruja dan gembira apabila dibandingkan dengan Lisa. Malah ada yang meminta untuk bergambar dengannya.
Selain itu, Yiwha juga menyatakan rasa terbuka jika diberi peluang untuk melibatkan diri dalam industri hiburan. - Sumber: The Nation Thailand
*Artikel disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Lisa BLACKPINK
#peniaga ayam goreng
#gadis mirip Lisa
#Yiwha
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan