awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong pengarah ‘Emily in Paris’ meninggal dunia ketika penggambaran

Agensi
Agensi
24/08/2025
00:40 MYT
Penolong pengarah ‘Emily in Paris’ meninggal dunia ketika penggambaran
Diego Borella yang berusia 47 tahun rebah di hadapan rakan sekerja ketika mereka sedang membuat persiapan untuk penggambaran sebuah babak pada Khamis lalu.
VENICE: Seorang kru produksi bagi siri popular Emily in Paris dilaporkan meninggal dunia secara mengejut ketika penggambaran musim kelima di Venice, Itali.
Akhbar La Repubblica mengenal pasti mangsa sebagai Diego Borella, 47, yang juga penolong pengarah bagi drama bersiri itu.
Menurut laporan, Borella rebah di hadapan rakan sekerja ketika mereka sedang membuat persiapan untuk penggambaran sebuah babak pada Khamis lalu.
Pasukan perubatan produksi cuba memberikan rawatan kecemasan namun gagal menyelamatkannya.
Ambulans turut dikejarkan ke Hotel Danieli sekitar jam 7 malam waktu tempatan, namun Borella disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Kami amat sedih mengesahkan pemergian mengejut salah seorang ahli keluarga produksi Emily in Paris,” kata jurucakap Paramount Television Studios, penerbit siri itu untuk Netflix, dalam kenyataan kepada BBC News.
Susulan kejadian itu, penggambaran Emily in Paris dilaporkan dihentikan sementara.
“Hati dan doa kami bersama keluarga serta insan tersayang mendiang dalam tempoh sukar ini,” tambah kenyataan itu.
Siri romantik komedi Emily in Paris mula ditayangkan pada tahun 2020 sewaktu pandemik COVID-19, menampilkan Lily Collins sebagai Emily Cooper, seorang eksekutif pemasaran dari Amerika yang memulakan kerjaya di Paris.
Musim keempat yang ditayangkan pada 2024 menyaksikan Emily berpindah ke Rom bagi membuka pejabat baharu.
Siri ini turut dibintangi oleh Philippine Leroy-Beaulieu (Sylvie), Ashley Park (Mindy), Lucas Bravo (Gabriel) dan Lucien Laviscount (Alfie).
Musim kelima dijangka disiarkan pada akhir tahun ini. - Agensi
Topic Berkaitan
#Emily in Paris
#penolong pengarah
#Diego Borella
#drama bersiri
#meninggal dunia
#Penggambaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan