awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi Bollywood, Zubeen Garg meninggal dunia semasa selam skuba di Singapura

Agensi
Agensi
20/09/2025
02:40 MYT
Penyanyi Bollywood, Zubeen Garg meninggal dunia semasa selam skuba di Singapura
Zubeen Garg meninggal dunia ketika menjalani aktiviti selam skuba di Singapura pada Jumaat. Beliau berusia 52 tahun.
SINGAPURA: Penyanyi dan komposer terkenal Bollywood, Zubeen Garg, meninggal dunia ketika menjalani aktiviti selam skuba di sini, pada Jumaat (19 Sept).
Beliau berusia 52 tahun. Difahamkan, Zubeen yang dijadualkan membuat persembahan pada edisi ke-4 North East Festival di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre pada Sabtu (20 Sept), mengalami kesukaran bernafas ketika menyelam. Beliau diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Singapura, namun disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Berita pemergian mengejut itu mengundang kesedihan mendalam peminat dan rakan seperjuangan, termasuk Perdana Menteri India, Narendra Modi. “Beliau akan dikenang atas sumbangan besar kepada dunia muzik. Lagu-lagunya dekat di hati masyarakat dari pelbagai lapisan. Takziah buat keluarga dan para peminatnya. Om Shanti,” tulis Modi di X.
Shocked by the sudden demise of popular singer Zubeen Garg. He will be remembered for his rich contribution to music. His renditions were very popular among people across all walks of life. Condolences to his family and admirers. Om Shanti.
— Narendra Modi (@narendramodi) September 19, 2025
Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma pula menyifatkan kehilangan Zubeen sebagai satu kekosongan yang tidak mampu diganti. “Generasi akan datang akan mengingati beliau sebagai tokoh budaya Assam. Suara keramat itu kini hilang buat selamanya,” katanya. Rakan artis turut meluahkan rasa sedih di media sosial. Aktor Adil Hussain menulis: “Saya amat terkejut dan hancur hati mendengar berita ini… sumbangannya kepada muzik dan budaya Assam tiada tandingan.” Komposer Pritam Chakraborty pula menyifatkan berita itu sebagai “amat memilukan” manakala penyanyi Armaan Malik berkata, beliau masih tidak percaya dengan kehilangan tersebut. Peminat membanjiri ruangan komen hantaran terakhir Zubeen di Instagram – yang mempromosikan festival di Singapura – dengan ucapan takziah dan doa. Penganjur festival dalam kenyataan di Facebook mengumumkan acara itu dibatalkan. “Kehilangan ini terlalu besar untuk digambarkan dengan kata-kata. Demi menghormati tragedi ini, kami membatalkan penganjuran festival,” jelas mereka. Zubeen mula mencipta nama menerusi lagu Ya Ali dalam filem Gangster (2006), selain popular dengan lagu Dil Tu Hi Bataa. Beliau juga aktif sebagai pelakon dan pengarah, antaranya menerusi filem Kanchanjunga, Mission China, Dinabandhu dan Mon Jai. Selain seni, Zubeen dikenang kerana jasa kemanusiaan – termasuk menukar kediamannya menjadi pusat rawatan ketika pandemik COVID-19, terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, serta membimbing bakat muda di rantau timur laut India. Menurut laporan NDTV, jasad beliau dijangka dibawa pulang ke India pada Sabtu. Zubeen meninggalkan seorang isteri dan bapa. - Agensi
Topic Berkaitan
#Zubeen Garg
#Zubeen Garg meninggal dunia
#penyanyi Bollywood
#selam skuba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan