Kerajaan Perak bakal menubuhkan 'Perak Film Office' dalam usaha menjadikan negeri itu sebagai hab perfileman dalam memberi peluang dan ruang kepada penggiat seni tempatan melakukan penggambaran.
Exco Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pihaknya kini sedang merangka penstrukturan penubuhan itu dan ia dijangka akan beroperasi tidak lama lagi.
"Insya-Allah kita mahu Perak menjadi satu daripada negeri hab perfileman yang mana penerbit atau penggiat industri akan datang ke negeri ini untuk mengadakan penggambaran filem mereka di sini.
"Ini kerana kita memang menggalakkan penggiat seni tempatan membuat filem di Perak kerana sebelum ini terdapat syarikat produksi melakukan penggambaran drama atau dokumentari.
"Namun, kita tahu banyak filem telah menjalani penggambaran di Perak kerana ramai anak seni tempatan yang berasal dari negeri ini tetapi kita tidak mendapat pendedahan yang sepenuhnya daripada filem-filem tersebut," katanya.
Nolee Ashilin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri tayangan khas filem 'Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior' sempena Tahun Melawat Perak 2017 di Golden Screen Cinema di Ipoh Parade di sini, malam tadi.
Filem terbitan Tangan Seni Sdn Bhd itu diarahkan oleh pengarah terkenal Bade Azmi memaparkan kisah perjuangan pahlawan negara mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau.
Paling menarik filem itu dibintangi anak mendiang sendiri iaitu Langgi Anak Kanang selaku teraju utama bersama Adi Putra serta beberapa pelakon popular lain seperti Johan As'ari, Zach X-Factor, Adam Shahz, Livonia Guing dan ramai lagi.
Mengulas mengenai pemilihan Ipoh sebagai tayangan pertama filem tersebut, Nolee Ashilin berkata ini kerana kira-kira 80 peratus penggambaran filem itu telah dilakukan di sekitar kawasan hutan di negeri ini.
"Ini (tayangan filem) merupakan satu penghormatan kepada kita kerana mereka memilih Perak sebagai negeri pertama untuk mengadakan tayangan pertama filem berkenaan di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2017
Perak mahu menjadi satu daripada negeri hab perfileman yang mana penerbit atau penggiat industri akan datang ke negeri ini untuk mengadakan penggambaran filem. - Gambar hiasan/Freeimages
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
AWANI Pagi: Khunsa: Merungkai Isu Taboo Menerusi Drama
Khunsa, perihal yang tidak dibincangkan secara terbuka dalam masyarakat. Namun keberanian memaparkan isu ini dalam drama Khunsa, membuka perspektif baharu mengenainya.
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Ikuti kupasannya bersama Pengarah, Shahrulezad Mohammeddin dan dua pelakon utama, Azhan Rani serta Nadia Aqilah dalam #AWANIpagi
Haiwan peliharaan, terbiar juga boleh diserang strok haba
Bahang cuaca panas lazimnya memberi kesan kepada anjing, kucing dan arnab.
Threads kini mempunyai lebih 150 juta pengguna bulanan
Pengguna telah mula lebih bergiat berkongsi melalui Threads, dan ada yang telah mula hanya menggunakan Threads semata menggantikan Twitter.
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Dune: Part Two sajian epik penuh estetika
Dune: Part Two meneruskan kisah epik Paul Atreides yang bertukar daripada seorang bangsawan menjadi pemberontak sekali gus pejuang.
Finas diminta teliti skim wajib tayang - Fahmi
Terdapat sedikit masalah dengan skim sedia ada yang menyebabkan sesetengah pihak mengambil kesempatan menyiapkan filem-filem mereka.
Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang enam filem terbaik Iran
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Filem Kantonis Malaysia 'Rain Town' terima sambutan positif di luar negara
Filem terbaharu arahan Tunku Mona itu dibawa ke layar perak dalam Bahasa Kantonis walaupun beliau sendiri kurang fasih dalam bahasa itu.
Kerajaan yakin industri filem sebagai salah satu sektor penyumbang kepada ekonomi kreatif - Fahmi
Industri kreatif dan budaya negara menyumbang kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion daripada jumlah KDNK negara dan merangkumi tenaga kerja seramai lebih setengah juta orang.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
'The Marvels' catat kutipan terendah dalam sejarah MCU
The Marvels juga menjadi keluaran MCU ketiga yang menerima Skor Pawagam "B" daripada penonton filem, selepas Eternals dan Ant-Man And The Wasp: Quantamania.
Barbie atasi Super Mario sebagai filem terlaris di AS tahun ini
Barbie mengatasi filem The Super Mario Bros. Movie, yang sebelum ini memegang takhta itu dengan kutipan AS$574 juta.
Filem Barbie cecah kutipan AS$1 bilion, Oppenheimer dan Meg 2 cemerlang
Filem arahan Greta Gerwig itu dijangka memperoleh sekitar AS$54 juta pada hujung minggu ini sekali gus melepasi angka AS$1 bilion.
Fahmi minta Finas teliti prestasi filem dihasilkan dengan inisiatif DKD
Fahmi akan berbincang dengan Ahli Lembaga Pengarah Finas minggu depan mengenai perkara itu.