HIBURAN
Perhatian peminat K-pop! Giliran iKON dan WINNER singgah Malaysia

Ini adalah persembahan pertama kali WINNER di sini manakala kedua buat kumpulan iKON.
BUAT peminat K-pop, dua kumpulan popular yang bernaung dibawah pengurusan YG Entertainment iaitu IKON dan WINNER bakal singgah ke negara ini untuk membuat persembahan.
Kunjungan kali ini yang dibawakan MacpiePro adalah sebahagian daripada siri jelajah dua kumpulan Korea tersebut.
Menariknya, ini adalah persembahan pertama kali WINNER di sini manakala kedua buat kumpulan iKON.

Kedua persembahan ini akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Kumpulan WINNER pula dianggotai empat pemuda terdiri daripada Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Bagi peminat berumur 18 tahun ke bawah berpeluang menikmati harga istimewa RM98 untuk tiket berharga RM273 untuk kedua konsert ini. Tiket boleh dibeli melalui www.ticketcharge.com.my.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Soompi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami