ENTERTAINMENT
Perjalanan terakhir Pak Ngah Suhaimi
PADA jam 3.02 petang semalam, industri muzik tanah air dikejutkan dengan berita pemergian komposer terkenal Datuk Suhaimi Mohd Zain.
Suhaimi atau mesra dengan panggilan, Pak Ngah dalam kalangan penggiat muzik tempatan dilaporkan meninggal dunia di Batam, Indonesia petang semalam.
Sehingga saat ini, punca kematian Allahyarham Pak Ngah masih belum dapat dikenal pasti.
Hari ini, penghormatan terakhir pada Allahyarham Pak Ngah akan diadakan di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur sekitar jam 12.30 tengah hari ini, selepas jenazah tiba dari Indonesia.
Dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Baru, Allahyarham Pak Ngah merupakan anak kedua dan anak lelaki tunggal dalam keluarga dari lima beradik serta memiliki perwatakan yang kelakar dan bersahaja.
Semasa di KBN, beliau mengambil peluang untuk mempelajari seni muzik dengan lebih mendalam. Ketika inilah beliau mengambil peluang untuk menyertai pelbagai kelas muzik tradisional.
Allahyarham bertanggungjawab memartabatkan irama etnik tradisional tempatan dengan kerjasama padu beliau dengan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Noraniza Idris.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami