awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkahwinan diraja Britain: Siapa pengapit Meghan Markle?

Tan Su Lin
Tan Su Lin
05/12/2017
02:33 MYT
Perkahwinan diraja Britain: Siapa pengapit Meghan Markle?
Jika Harry mahu abangnya Putera William jadi pengapit, persoalannya siapa pula bakal jadi pengapit pengantin perempuan? -Gambar fail
MAJLIS perkahwinan diraja yang ditunggu-tunggu bagi mengikat tali percintaan di antara Putera Harry dan pasangan pilihannya, aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle bakal berlangsung tahun depan.
Menurut sumber yang dipetik E! News, Harry dikatakan sudah memohon kebenaran agar abangnya Putera William, menjadi pengapitnya pada majlis yang dijadual berlangsung pada Mei tahun hadapan di Istana Windsor.
Selain William dan isterinya Kate Middleton, anak-anak mereka Putera George dan Puteri Charlotte juga dikatakan akan menjadi individu penting pada majlis itu nanti.
Persoalannya, siapa pula yang bakal menjadi pengapit pengantin perempuan?
Apa yang pasti, Middleton bukan calon yang sesuai.
Memandangkan Duchess of Cambridge itu sudah berkahwin, ia menjadikan beliau kurang sesuai ekoran tugasan sebagai pengapit, secara tradisinya, khusus buat wanita bujang.
Selain itu, Middleton yang juga sedang hamil anak ketiga bakal melahirkan anak pada April depan, beberapa minggu sebelum upacara perkahwinan diraja itu.
Justeru, pengapit Markle masih menjadi tanda tanya.
Namun, ada spekulasi yang mengatakan kemungkinan bintang tenis dunia, Serena Williams, pelakon Bollywoood, Priyanka Chopra, atau rakan-rakan pelakon Hollywood lain, malah Puteri Charlotte sendiri boleh jadi pengapit Markle.
Topic Berkaitan
#Britain
#duchess of cambridge
#Harry
#Hollywood
#Kate Middleton
#Meghan Markle
#pasangan diraja
#pengapit
#Priyanka Chopra
#Putera George
#Putera Harry
#Putera William
#Puteri Charlotte
#Serena Williams
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan