awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis sah terima dua laporan isteri Hafidz Roshdi gugurkan kandungan

Bernama
Bernama
09/05/2023
10:53 MYT
Polis sah terima dua laporan isteri Hafidz Roshdi gugurkan kandungan
Muhammad Hafidz berkata laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya manakala laporan kedua dibuat selepas Nurul Shuhada meminta wang untuk kos rawatan keguguran. - Gambar fail
SHAH ALAM: Polis mengesahkan menerima dua laporan daripada pelakon Muhammad Hafidz Roshdi berhubung dakwaan isterinya Nurul Shuhada Mat Shukri menggugurkan kandungan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan pada 9 malam 17 April dan 1.21 tengah malam 6 Mei lepas, namun tiada sebarang siasatan lanjut dibuat ke atas laporan itu.
"Laporan polis telah dirujuk kepada pihak Mahkamah Syariah kerana kes berkaitan dengan isu tersebut masih berjalan..." katanya dalam kenyataan.
Terdahulu, Muhammad Hafidz selepas prosiding sebutan semula kes cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah di sini, memaklumkan bahawa beliau telah membuat dua laporan polis terhadap Nurul Shuhada, mendakwa isterinya menggugurkan anak ketiga mereka.
Muhammad Hafidz berkata laporan polis pertama dibuat untuk melindungi dirinya manakala laporan kedua dibuat selepas Nurul Shuhada meminta wang untuk kos rawatan keguguran.
Nurul Shuhada yang ditemui pemberita di lokasi yang sama berkata beliau tidak boleh mengulas berhubung dakwaan suaminya itu kerana masih dalam siasatan polis dan akan memberi keterangan di Balai Polis Kangar, Perlis hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hafidz Roshdi
#laporan polis
#gugur kandungan
#cerai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan