awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Putar lagu arwah Siti Sarah, Ajak Shiro punca Shuib mengalir air mata, terdiam

Gempak
Gempak
09/09/2022
04:25 MYT
Putar lagu arwah Siti Sarah, Ajak Shiro punca Shuib mengalir air mata, terdiam
Menerusi video perkongsian rakannya, Ajak Shiro di Instagram, Shuib hanya memaling muka tanpa berkata apa-apa saat mendengar lagu nyanyian arwah isteri tercinta. - Gempak
VIDEO memperlihatkan reaksi pelawak Shuib ketika radio memutarkan lagu Allahyarham isterinya, penyanyi Siti Sarah Raisuddin mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Menerusi video perkongsian rakannya, Ajak Shiro di Instagram, Shuib hanya memaling muka tanpa berkata apa-apa saat mendengar lagu nyanyian arwah isteri tercinta.
Pelawak dan juga penyampai radio itu meninggalkan komen di ruang perkongsian itu dengan mengatakan Ajak telah membuatkan dia mengalir air mata.
“Kau cekik air mata aku pagi-pagi Jak,” tulis Shuib secara ringkas.
Rata-rata netizen turut berasa sebak melihat reaksi wajah Shuib, malah ada juga di antara mereka yang memahami apa yang dilalui oleh pelawak berkenaan.
Sebelum itu, Ajak dan Shuib berkongsi topik mengenai ibu hamil yang sedang mengidam di segmen pagi di radio.
Shuib turut berkongsi mengenai kenangan manis bersama arwah isterinya yang dikatakan mengidam pelik seperti ingin merasa sabun.
Malah, Shuib turut memberitahu isterinya juga pernah mengidam untuk makan daging Wagyu ketika sedang hamil anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan.
“Mengidam hendak makan daging Wagyu. Dia ketap bibir sambil telan air liur dan ketika hamil Ayash Affan ni dia memang suka sangat makan daging Wagyu.
“Dan hari tu masa dia minta tu, sememangnya Alhamdulillah dapat ditunaikan dan dia terlalu seronok sangat makan daging tu. Seronoknya, Ya Allah, dapat jugak ditunaikan,” cerita Shuib. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Siti Sarah
#Shuib
#Ajak Shiro
#putar lagu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan