awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rain kembali ke Malaysia untuk konsert percuma 27 Ogos ini

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2022
05:00 MYT
Rain kembali ke Malaysia untuk konsert percuma 27 Ogos ini
Rain bakal muncul dalam konsert Betadia Night pada 27 Ogos ini di Arena Axiata, Bukit Jalil bermula jam 8 hingga 11 malam. -Instagram rain_oppa
ARTIS pujaan ramai dari Korea Selatan 'Rain' bakal kembali ke Malaysia selepas lima tahun untuk membuat persembahan konsert percuma.
Kali ini, bintang berusia 40 tahun itu bakal muncul dalam konsert Betadia Night pada 27 Ogos ini, lapor mStar.
Konsert dijadual diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil bermula jam 8 hingga 11 malam.
Penampilan bintang Korea Selatan itu akan turut disertai dua artis tempatan Andrew Tan dan Jes Lee.
Sepanjang kerjaya muzik Rain, atau nama sebenarnya Jung Ji Hoon, dia berjaya menghasilkan tujuh album dan 28 single.
Rain mencapai kejayaan gemilang melalui album ketiga yang juga single nombor satunya "It's Raining" pada tahun 2004.
Album itu mencatat jualan 1 juta di Asia, sekali gus meletakkan Rain sebagai bintang antarabangsa.
Rain juga membuat kemunculan pertama dalam bidang lakonan melalui drama "Sang Doo! Let's Go to School" pada tahun 2003.
Pada tahun 2008, Rain muncul pertama kali dalam filem Hollywood "Speed ​​Racer" dan kemudian "Ninja Assassin" pada tahun 2009.
Penampilannya itu turut menjadikan dia artis Korea Selatan pertama memenangi anugerah MTV.
Semakan di laman web Betadia mendapati tiket telah habis ditebus.
Topic Berkaitan
#rain
#konsert Betadia Night
#konsert percuma
#Andrew Tan dan Jes Lee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan