awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
Kanak-kanak tiga tahun maut dalam kebakaran di Banting
India, Malaysia akan bincang semakan perjanjian perdagangan semasa lawatan Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ras Adiba sekali lagi menderita sakit tulang belakang

Astro Awani
Astro Awani
10/04/2019
16:32 MYT
Ras Adiba sekali lagi menderita sakit tulang belakang
Di laman Instagramnya, Ras Adiba menulis bahagian leher, belakang dan tangan kanannya berada dalam kekejangan serta kesakitan. - Instagram/@rasadibaradzi
PERSONALITI televisyen, Ras Adiba Radzi, 51, menerusi akaun Instagramnya berkongsi mengenai rasa sakit yang dialaminya pagi tadi akibat kecederaan tulang leher bahagian atas tubuhnya, lapor Harian Metro.
Katanya, rasa sakit itu tiba-tiba muncul kira-kira jam 3 pagi Rabu.
Jelasnya, hasil penelitian doktor tidak lama dahulu mendapati bahawa beberapa bahagian tulang belakangnya mengalami masalah dan perlu dibedah.
Bagaimanapun, beliau menangguhkan pembedahannya itu untuk mengumpul wang.
Oleh itu ketika ini, beliau hanya berehat di rumah dan dijaga oleh ahli keluarganya.
Di laman Instagramnya, Ras Adiba menulis bahagian leher, belakang dan tangan kanannya berada dalam kekejangan serta kesakitan.
Kecederaan tulang belakangnya itu berpunca daripada kemalangan jalan raya yang dialaminya pada 1996 dan disahkan lumpuh separuh badan pada 2002.
Topic Berkaitan
#Ras Adiba Radzi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan