awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Rasa seperti dilahirkan semula" - Sajat dakwa tukar jantina di Australia

Gempak
Gempak
23/02/2022
05:48 MYT
"Rasa seperti dilahirkan semula" - Sajat dakwa tukar jantina di Australia
Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat mendakwa, status penukaran jantinanya diluluskan kerajaan Australia. - Gambar GEMPAK
USAHAWAN kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman memaklumkan sudah menukar status jantinanya kepada wanita.
Muhammad Sajjad atau lebih dikenali dengan nama Nur Sajat mendakwa, status penukaran jantinanya diluluskan kerajaan Australia.
Menurut Sajat, dia berasa gembira kerana proses tersebut telah pun selesai.
“Saya rasa gembira kerana semuanya telah selesai. Saya rasa selesa menjadi wanita.
“Negara ini memahami keadaan saya, kini saya rasa lebih bebas dan boleh jadi diri sendiri.
“Saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula… saya mahu orang terima saya,” katanya menerusi satu perkongsian di media sosial.
Menjawab pertanyaan pengikutnya, Sajat memberitahu dia tidak akan menukar namanya.
“Saya lebih selesa dengan nama Nur Sajat. Saya bangga dengan nama ini, satu dunia kenal nama ini,” ujarnya.
Terdahulu, Sajat memilih untuk menjalani kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia.
Sebelum itu, Sajat pernah melarikan diri ke Thailand namun ditahan pihak imigresen pada 8 September 2021 kerana memiliki pasport tidak sah.
Artikel asal di Gempak boleh dibaca di sini
Topic Berkaitan
#Nur Sajat
#Sajat tukar jantina
#usahawan kontroversi
#kerajaan Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan