awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remy tak bawa Uber, Remy naik Uber

Gempak
Gempak
09/11/2017
02:57 MYT
Remy tak bawa Uber, Remy naik Uber
Remy berkata dia menggunakan servis Uber untuk ke tempat penggambaran selepas keretanya jenis Mitsubishi Triton hilang pada Mac tahun lalu.
PELAKON kacak Remy Ishak menegaskan dia tidak pernah mendaftarkan diri untuk servis e-hailing Uber.
Sebaliknya, kata Remy, 35, dia menggunakan servis itu untuk ke tempat penggambaran selepas keretanya jenis Mitsubishi Triton hilang pada Mac tahun lalu.
"Saya anggap kereta saya yang hilang itu bukan rezeki saya, mungkin Tuhan mahu menggantikannya dengan lebih baik. Saya fikir positif sahaja.
"Sejak kereta saya hilang, saya lebih selesa menggunakan servis Uber.
"Tidak benar tentang cerita saya bawa Uber seperti yang tersebar.
"Kadang-kadang apabila naik Uber atau servis lain seperti Grab Car, mereka (pemandu) suka merakamkan gambar dengan saya jika perasan.
"Tetapi kalau saya duduk di bahagian belakang, mungkin ramai yang tidak perasan saya jadi penumpang mereka," katanya kepada Astro Gempak.
Remy atau nama sebenarnya Zalimie Ishak kehilangan keretanya jenis Misubishi Triton yang dilarikan ketika sedang membeli ais di sebuah kedai serba guna di Seri Kembangan pada pertengahan Mac 2016.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @remyishak
Topic Berkaitan
#Grab Car
#hilang
#kereta
#kereta hilang
#Remy Ishak
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan