Pelakon dan Pengarah, Michael Ang memberikan pendapat tentang isu restoran fast food antarabangsa yang mahu mengenakan tindakan saman ke atas satu gerakan Pro-Palestin yang dikenali sebagai BDS Malaysia.

Menerusi hantaran Michael atau lebih mesra dipanggil sebagai Mike di Instagram Stories, dia menyatakan restoran fast food itu tidak perlu berusaha keras untuk mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa mereka bukan Pro-Israel kerana beranggapan tindakan itu hanyalah sia-sia.

“Tak payah lah nak tunjuk satu Malaysia you tak support IsHell! Sebab di mata kasar rakyat Malaysia you sokong IsHell!

“Dan nak ubah persepsi rakyat Malaysia pasal isu tu akan sama macam curah air dekat daun keladi,” tulis Mike.



Dalam pada itu, Michael Ang pada akhir penulisannya memberikan cadangan supaya rangkaian restoran antarabangsa terkenal itu memfokuskan memberi bantuan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan berbanding isu saman menyaman.

“Duit yang awak semua nak bayar peguam tu, lagi baik derma dekat rakyat Malaysia yang memerlukan,” tulisnya lagi.

Sekadar info, francais makanan segera itu baru-baru ini memfailkan saman terhadap BDS Malaysia atas dakwaan fitnah.

Restoran fast food itu juga menegaskan ia tidak menyalurkan sumbangan untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik. - Gempak