awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rhoma Irama pimpin bacaan doa pada malam sambutan Tahun Baharu 2019

Astro Awani
Astro Awani
01/01/2019
05:47 MYT
Rhoma Irama pimpin bacaan doa pada malam sambutan Tahun Baharu 2019
RHOMA IRAMA turut memimpin bacaan surah Al-Fatihah pada malam sambutan Tahun Baharu 2019 di Monas, Jakarta, Indonesia malam tadi. - Gambar portal Detik Hot.
SENIMAN legenda, Rhoma Irama mengajak seluruh rakyat Indonesia untuk sama-sama berdoa memohon negara itu dilimpahi kemakmuran dan kesejahteraan pada 2019.
Penyanyi dangdut tersohor rantau ini juga mahu bersama-sama anggota masyarakat meminta pada Allah agar Indonesia akan tetap damai.
"Selamat Tahun Baharu 2019, mari kita membaca surah Al-Fatihah agar tahun 2019 ini Indonesia lebih makmur," kata Rhoma sambil memimpin bacaan Al-Fatihah pada majlis sambutan Tahun Baharu 2019 di Monumen Nasional (Monas) di Jakarta, Isnin malam.
Ketika sang ayah mendoakan agar Indonesia muncul sebagai sebuah negara yang jauh lebih baik di 2019, berbeza pula dengan anak seniman itu, Ridho Rhoma yang berharap muzik dangdut akan berupaya menembusi pasaran antarabangsa
"Harapan saya di tahun 2019 dangdut bisa tampil lebih bervariasi, tampil lebih meriah dan lebih positif lagi," kata Ridho pula.
Topic Berkaitan
#berdoa
#Indonesia
#penyanyi dangdut
#Rhoma Irama
#Seniman
#Tahun Baru 2019
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan