ARTIS tersohor Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan personaliti terkenal dari Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin sudah rasmi menoktahkan rumah tangga mereka.
"Terkait pemberitaan saat ini tentang rumah tangga saya, saya ingin menjelaskan bahwa kami berdua sudah sama-sama sepakat untuk berpisah secara baik-baik," kata Laudya Cynthia Bella mengesahkan desas-desus rumah tangganya yang berantakan sebelum ini.
Laudya Cynthia Bella atau lebih mesra disapa Bella mengakui, dia sudah lama berusaha mempertahankan rumah tangganya dengan Engku Emran.
Bagaimanapun, tegas pelakon tersohor ini, takdir menentukan hal yang sebaliknya buat dia dan Engku Emran.
"Sudah berbagai upaya yang kami lakukan dan ini adalah takdir Allah SWT, rumah tangga kami hanya sampai di sini. Sudah segala proses kami lalui dan saat ini sudah selesai," dedah Bella lagi seperti dilaporkan media Indonesia.
Selama dua tahun bergelar isteri kepada Engku Emran, Bella mengakui, banyak kenangan yang tersimpan kemas dalam kotak fikirannya.
"Dua tahun beliau menjadi suami saya. Banyak sekali kebaikan, hikmah dan pembelajaran yang saya dapat.
"Insya-Allah hikmah, pembelajaran semua yang saya dapat ini, bisa saya jadikan bekal, bisa saya simpan untuk saya menjadi wanita yang Insya-Allah bisa jauh lebih baik lagi, amin," terang Bella lagi.
Berhubung pendedahan ini, Bella berharap pertanyaan semua pihak akan terjawab.
"Saya harap mudah-mudahan dengan adanya penjelasan saya saat ini, bisa menjawab semua pertanyaan teman-teman media.
"Saya mohon maaf kalau ada kata-kata saya yang kurang berkenan atau sikap saya yang kurang berkenan. Saya perlukan sokongan daripada teman-teman semua. Mohon doa buat kami," kata Bella lagi.
Bella dan Engku Emran disatukan sebagai suami isteri pada 8 September 2017 dalam majlis tertutup di Kuala Lumpur.
Engku Emran pernah berkahwin dengan artis ternama Malaysia, Erra Fazira dan dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya.
BACA: Engku Emran dan Bella selamat diijab kabul
Saharudin Musthafa
Wed Jul 01 2020

Bella mengumumkan, dia dan Engku Emran sudah berpisah secara baik selepas dua tahun hidup bersama sebagai suami isteri. - Gambar fail

Lima individu didakwa 18 pertuduhan edar dadah
Seramai lima individu termasuk ketua sindiket didakwa 18 pertuduhan mengedar dadah di sekitar Johor Bahru sejak awal bulan Januari.

NUTP | Beri keyakinan kepada guru urus PdPR
Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, segala kekurangan dan kelemahan dalam kaedah itu akan ditambah baik dari semasa ke semasa sehingga pembelajaran fizikal dilakukan semula kelak.

PdP | KPT komited mudahkan PdP penuntut IPT
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mendapatkan tawaran terbaik daripada syarikat pembekal pelan data dan peranti. Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, KPT komited untuk memastikan semua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) mampu mendapatkan capaian internet walau di mana sahaja mereka berada.

Pegawai Imigresen didakwa 12 pertuduhan rasuah
Seorang pegawai imigresen didakwa 12 pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM800,000 bagi mendapatkan cop perakuan keluar masuk negara melibatkan warga asing.

AWANI Ringkas: Anwar failkan semakan kehakiman terhadap kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam [TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/1045758381611649981560/1887256_31570730741611650104455_640x360.jpg)
[TERKINI] NACSA, MKN keluar notis amaran susulan ancaman penggodam
Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) memandang serius berkenaan ancaman menggodam laman web kerajaan menerusi penularan video yang dimuat naik 'Anonymous Malaysia' dalam platform media sosial.

Ancaman serangan siber: Awas! NACSA keluar notis amaran
NACSA, MKN juga sedang berkerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi mengkoordinasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bantuan pasca banjir | Sabella sumbang 4,000 pakaian di Johor
Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) menggerakkan usaha Misi Bantuan Pasca Banjir Fasa 1 ke Johor bagi membantu mereka yang terjejas di beberapa daerah di negeri itu.

Banjir | Kos RM285 juta baik pulih infrastruktur Sabah
Kos sekitar RM285 juta bagi proses baik pulih infrastruktur di Sabah akibat banjir di negeri itu menurut Ketua Menterina, Datuk Seri Hajiji Noor.

COVID-19 | Penerapan digitalisasi dalam perkhidmatan awam
Pandemik COVID-19 memaksa kerajaan untuk meneliti semula pengoperasian dan penyampaian yang memerlukan bantuan dapat dilaksanakan dengan segera dan lebih efisien.

PKP 2.0: Iman Troye rangka strategi dekatkan diri pada peminat
Penyanyi berusia 19 tahun ini menggunakan sepenuhnya media sosial sepanjang PKP untuk berhubung dengan peminat.

Aznil hargai karyawan legenda dalam 'Yang Dulu'
Yang Dulu merupakan program televisyen yang sarat menyimpan nilai kasih sayang daripada Aznil buat seniman dan seniwati handalan negara.

Neelofa akui sukar untuk fahami apa sebenarnya berlaku
Neelofa dilihat sukar untuk memahami keadaan yang berlaku ketika ini selepas menerima pelbagai kritikan berkait dirinya dengan PU Riz.

Bob Lokman makin sihat selepas jalani pembedahan jantung
Bob memanjatkan syukur kerana masih diberikan kekuatan dan masih boleh bernafas untuk meneruskan sisa hidupnya.

Dakwaan salah guna dana royalti, SPRM mulakan siasatan
Royalti-royalti yang dikutip itu disyaki tidak disalurkan kepada artis mahupun pencipta lagu.

Ibu, ayah Alif Satar juga disahkan positif COVID-19 - Pengurus
Selepas Alif Satar positif COVID-19, ibu dan ayah artis berkenaan pula dijangkiti pandemik berkenaan.

Yuna sertai kempen global Coach, sebaris JLo dan Michael B. Jordan
Ia sekali gus meletakkan nama Yuna sebaris dengan artis terkenal antarabangsa.

Peluang menang kereta dan hadiah lebih RM500,000 dalam Minggu Saham Digital
MSD bertujuan mempamerkan syarikat-syarikat pelaburan PNB dan mendidik rakyat Malaysia dari semua peringkat usia mengenai kepentingan pelaburan dan perancangan kewangan.

Nak pakai pelitup muka, tapi tetap mahu tunjuk 'muka'... ini penyelesaiannya!
Artis Brazil hasilkan pelitup muka yang tidak 'menutup' ciri-ciri wajah pemakainya, sebaliknya kelihatan mirip wajah asal.

"Bukan saya yang kahwin" - Erra Fazira
Erra Fazira ucap tahiah kepada pasangan pengantin baharu 'Erra Fazira' dan suaminya.