SEORANG ibu kepada dua anak yang menggunakan nama Misya tampil mendedahkan kisah keruntuhan rumah tangganya didakwa membabitkan anak perempuan kepada pasangan selebriti popular tanah air.
Kongsi Misya menerusi ciapan di X malam tadi, wanita berusia 18 tahun yang juga seorang pempengaruh itu menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya bersama suami.
"Tujuh tahun perkenalan, tiga tahun kahwin, dikurniakan anak dua orang yang masih kecil, seorang umur dua tahun seorang lagi satu tahun. Datangnya orang ketiga hancur semuanya.
"Bukan sekali peluang ya, ini peluang ketiga Allah tunjuk sekejap, sekejap betullah betul. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
"Betul instinct isteri sangat tepat, bukan sekadar overthinking atau bersangka buruk. Allah tunjuk satu-satu bukti terbongkar ya. Alhamdulillah Ya Allah. Allah Maha Baik.
"Kaulah asbab keruntuhan rumah tangga, kau juga asbab hilangnya kasih sayang yang anak perlukan dari ayahnya.
Tambah Misya, dia bersuara dan menularkan kisah terbabit di media sosial kerana mendakwa telah dicabar oleh bekas suami serta gadis itu.
"Once a cheater is always a cheater. Perempuan tolong bangun. Jangan lemah. Aku belajar dari kesilapan orang yang tak menghargai.
"Bukan nak cakap apa, tapi dua-dua ni si lelaki dengan perempuan ini memang minta ya diviralkan. Mereka cabar eh 'kau viralkanlah' and this," tambahnya.
Perkongsian itu mengejutkan warganet dan tidak menyangka perbuatan gadis yang baru berusia 18 tahun itu.
Bagaimanapun, dakwa Misya lagi, akaun Instagram milik gadis terbabit telah dinyahaktifkan. -Gempak
Gempak
Fri Sep 08 2023
Menurut Misya, wanita berusia 18 tahun yang juga seorang pempengaruh itu menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya bersama suami. -Gambar hiasan/Freeimages
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Rumah tangga musnah, anak gadis pasangan artis popular didakwa jadi punca
Kongsi Misya menerusi ciapan di X malam tadi, wanita berusia 18 tahun yang juga seorang pempengaruh itu menjadi penyebab keruntuhan rumah tangganya bersama suami.