awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
14 cedera dalam serangan pisau, semburan cecair di kilang Jepun
Tapir jantan mati dilanggar kenderaan di Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Sahur pukul 11 malam..." - Ameng kenang sambut Ramadan di penjara

Gempak
Gempak
23/03/2024
07:31 MYT
“Sahur pukul 11 malam..." - Ameng kenang sambut Ramadan di penjara
“Untuk saya, hidup paling berkualiti pada Ramadan. Setiap masa duduk dalam air sembahyang," akui Ameng. - Foto Gempak
PENYANYI Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng Spring berkongsi kenangan menyambut puasa sebagai warga penjara sewaktu di tahan di balik tirai besi tidak lama dahulu.
Ameng pernah dipenjara selama lapan tahun bermula pada 2011 atas tiga kesalahan dengan dua daripada kerana memiliki dadah.
Muncul sebagai tetamu dalam salah satu episod Borak Dulu Baru Buka, Ameng menyifatkan pengalaman berpuasa di dalam penjara sebagai ‘keras’.
“Sambut Ramadan di dalam penjara sangat ‘keras’. Makan tidak tentu hala, berebut-rebut.
“Sahur pada pukul 11 malam, kalau tidak makan mereka akan ambil makanan yang diberi.
“Warden pula agak keras dan kita juga ada tekanan emosi. Fikir anak, isteri, ibu.
“Pada saya Ramadan lebih sedih daripada Aidilfitri,” ujar Ameng.
Meski menyifatkan Ramadan sebagai sayu namun kata penyanyi Sampai Hati ini, ia adalah bulan paling berkualiti bagi dirinya. Malah sepanjang menyambut Ramadan di penjara, Ameng berjaya khatam Al Quran sebanyak tiga kali.
“Untuk saya, hidup paling berkualiti pada Ramadan. Setiap masa duduk dalam air sembahyang.
“Saya boleh khatam tiga kali dalam Ramadan. Seratus peratus saya habiskan masa mengaji. Jadi setiap 10 hari saya dapat khatam sekali,” katanya.
Justeru Ameng menitipkan pesan buat semua umat Islam agar memberi fokus setiap Ramadan datang.
“Jika ini adalah Ramadan terakhir buat saya atau kita semua, fokus dan khusyuk. Jangan lepaskan Ramadan berlalu begitu sahaja,” pesan Ameng.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Dapatkan waktu berbuka, imsak, kalkulator zakat, artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#Ameng Spring
#kenangan berpuasa di penjara
#kesalahan miliki dadah
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan