awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sakitnya, pakai epidural tapi tak berkesan' - Suami Yana Lee sambut kelahiran anak

Gempak
Gempak
10/05/2022
04:20 MYT
'Sakitnya, pakai epidural tapi tak berkesan' - Suami Yana Lee sambut kelahiran anak
Yana Lee selamat menimang cahaya mata keduanya yang disambut sendiri suaminya Muhamad Hafiz. -Gempak/Instagram
PEMILIK butik fesyen jenama terkenal Leeyana Rahman, Nur Liyana Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan Yana Lee selamat menimang cahaya mata keduanya.
Berita gembira itu dikongsi Yana menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram beserta foto yang merakamkan dirinya tersenyum sambil memeluk anaknya selepas bersalin dan dicium suami di bahagian dahi.
Menceritakan pengalaman bersalinnya, Yana menjelaskan pengalaman bersalin anak kedua ini sangat berbeza berbanding yang pertama.
Kata Yana, walaupun dia menerima suntikan epidural bagi mengurangkan kesakitan bersalin namun ia seolah-olah tidak berkesan.
View this post on Instagram
A post shared by Yaana.lee (@yaana.lee)
“Alhamdulillah syukur, pukul 3:27pm mama selamat melahirkan melahirkan anak perempuan seberat 3.07 kg.
“Sakitnya nak bersalin Tuhan sahaja yang tahu, pakai epidural kali ini tapi macam tak ada rasa pakai epidural. Tak berkesan,” kongsinya.
Bagaimanapun kata Yana, momen bersalin kali ini sangat istimewa kerana anak keduanya itu disambut oleh suaminya sendiri, Muhamad Hafiz Abdul Hamid.
“Alhamdulillah Allah bagi nikmat merasa sakit bersalin dan kali ini Dr Kham bagi peluang papa dia keluarkan baby daripada kepala sampai ke uri.
“Semua dia buat. Baru dia nampak susahnya nak bersalin. Tergamam terus! Lepas ni kalau tak sayang lebih tak tahu lah.
“Betul cakap orang, lain anak lain sakit bersalin dia. Sakit kali ini Ya Allah Tuhan je yang tahu.
"Masa anak pertama tidak lah sesakit macam ni. Semoga sakit ini asbab penggugur dosa,” coretnya.
Sementara itu di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Yana, termasuklah pelakon Wawa Zainal dan juga Mira Filzah.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Leeyana Rahman
#pemilik butik fesyen jenama terkenal
#Nur Liyana Abdul Rahman
#Yana Lee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan