awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sara Ali dedah jadi saksi kesungguhan Sabri Yunus pikat hati Angeline Tan

Gempak
Gempak
17/10/2023
04:30 MYT
Sara Ali dedah jadi saksi kesungguhan Sabri Yunus pikat hati Angeline Tan
Sabri (kanan) dan Angeline (tengah) mencuri perhatian apabila memaklumkan mereka telah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu. -Gempak
BERITA perkahwinan pasangan selebriti iaitu pelakon dan pengarah Sabri Yunus dengan aktres Angeline Tan pada Sabtu lalu sememangnya membuatkan semua orang turut berasa gembira.
Terbaharu, pelakon Sara Ali mendedahkan dia antara saksi yang melihat proses Sabri berusaha memikat hati Angeline dengan penuh kesabaran.
“Aku ada proses dia orang bercinta tu, tapi masa tu dia lebih kepada uncle Sabri punya kesabaran dan effort dia untuk tambat hati kak Angeline.
“Alhamdulillah, disatukan. Tapi yang paling penting adalah berserah segalaNya pada Tuhan. Tahniah,” kata Sara menerusi laman Instastory miliknya.
Terdahulu, Sabri dan Angeline mencuri perhatian apabila memaklumkan mereka telah bergelar suami isteri dalam satu majlis pernikahan di Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu.
Kongsi Sabri lagi, Angeline telah memeluk Islam secara rasminya pada 26 September lalu.
Sabri dan Angeline mula meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak sebagai Wan Ismail Golok dan Lucy.
Sabri sebelum ini kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu. -Gempak

Topic Berkaitan
#sabri yunus
#Angeline Tan
#sara ali
#Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan