PENYANYI dan pelakon, Ning Baizura akui tidak kisah apabila ditawarkan untuk melakonkan watak seorang ibu di usianya kini sudah mencecah 46 tahun.
Kata Ning, sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke satu tahap karakter yang lebih matang dan memberi laluan kepada pelakon muda lain.
“Sampai bila saya hendak melakonkan watak muda, memandangkan tahun ini saya juga sudah berusia 46 tahun.
"Bagi saya, ini adalah kitaran hidup…sudah tiba masanya saya bawa watak ibu mengikut kesesuaian watak yang diberikan.
“Kini giliran pelapis dan golongan yang lebih muda pula untuk membawakan karakter yang pernah saya bawa sebelum ini,” katanya kepada Gempak.
Ning ditemui ketika majlis pra-tonton drama bersiri premium KUASA, baru-baru ini.
Drama yang bakal menemui penonton mulai 11 April ini mengetengahkan kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.
Mengulas lanjut mengenai wataknya dalam KUASA sebagai Puan Sri Lily, Ning memberitahu watak ibu yang dibawakan ada ‘class’ yang tersendiri.
"Watak saya dalam ini adalah seorang ibu dan yang kuat dan 'powerful'.
"Puan Seri Lily adalah watak seorang wanita yang menjaga suami, anak-anak serta keluarganya dengan baik dan teliti.
"Malah, dia juga adalah tunjang yang menyatukan setiap ahli keluarga.
“Lagipun watak ibu ini happening dan classy! Saya solek dan membuat rambut sendiri untuk drama premium ini.
Jadi dia nampak ibu yang trendy, walaupun duduk di rumah mesti ada barang perhiasan yang ‘bling bling’ pada tubuhnya,” kongsinya lagi.
Selain Ning, KUASA yang merupakan Astro Original siri itu membariskan gabungan pelakon senior dan baru seperti Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Nazim Othman, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham dan Azri Iskandar.
KUASA menceritakan kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan, bersama tiga orang anak yang bakal mewarisi legasinya.
Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing demi menguasai empayar.
Saksikan KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9 malam, bermula 11 April ini.
Anda juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.
Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sat Apr 09 2022
Ning Baizura (kanan) bersama Ridzuan Hashim dalam drama bersiri premium KUASA yang bakal ditayangkan di saluran Astro Citra pada jam 9 malam, bermula 11 April ini. -Gempak
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Dikritik nyanyi 'tidak kesampaian', Ning Baizura hargai kata-kata semangat daripada Siti Nurhaliza
Siti yang terlihat sama dalam video yang dikongsi Ning berkata dia juga pernah mengalami situasi yang sama dengan penyanyi bersuara soprano itu.
Hattan simpati dengan Ning Baizura
Penyanyi Biso Bonar itu selar tindakan netizen kritik Ning secara keterlaluan.
'I love being viral' - Ning Baizura tak endah kecaman
Ning tetap memperlihatkan sikap positif dan enggan melayan kritikan yang dibuat secara melulu.
'Saya jadi ibu 'happening' dan 'classy'!' - Ning Baizura tak kisah bawa watak ibu dalam KUASA
Sudah tiba masanya untuk dia melangkah ke satu tahap karakter yang lebih matang dan memberi laluan kepada pelakon muda lain.
Trauma! Cincin ikan tersekat di jari tengah, Ning Baizura terpaksa minta tolong bomba
Penyanyi Ning Baizura berkongsi momen mencemaskan apabila cincin berbentuk ikan yang dipakainya ketika membuat persembahan malam kelmarin.
"Ning tetap ratu!" - Fazura
Penyanyi terkenal, Ning Baizura telah berkongsi sekeping foto 'throwback' ketika berusia 16 tahun menerusi sebuah entri di Instagramnya.
Sam Kassim, bekas pengurus Erra Fazira dan Aiman Tino meninggal dunia
Bekas pengurus artis ternama dan popular terutamanya di era 1990an, Sam Kassim dilaporkan meninggal dunia di kediamannya 5.20 pagi tadi.
Zainal Abidin, Ning, Hujan, Bunkface kongsi pentas di DFP Seni Fest 2014
Zainal Abidin, Ning Baizura, Hujan dan Bunkface bakal berkongsi pentas di Konsert Dewan Filharmonik Petronas (DFP) Seni Festival 2014.