HIBURAN
"Saya minta maaf" - Amsyar Lee gagal mara ke final Sing! Asia

Amsyar turut meluahkan rasa syukur kerana dapat memenuhi impian ibunya untuk melihat dirinya beraksi di pentas besar. - Gempak
PENYANYI, Amsyar Lee mengumumkan perjuangannya dalam pertandingan nyanyian Sing! Asia telah berakhir selepas gagal melangkah ke peringkat akhir.
Ringkasan AI
- Tersingkir di separuh akhir: Amsyar Lee mengumumkan perjuangannya dalam Sing! Asia berakhir selepas gagal mara ke peringkat akhir, namun tetap berterima kasih kepada peminat atas sokongan padu sepanjang pertandingan.
- Impian ibu tercapai: Walaupun tersingkir, Amsyar bangga kerana dapat memenuhi impian ibunya untuk melihat beliau beraksi di pentas besar antarabangsa, menyifatkan pengalaman itu sebagai permulaan baharu dalam kerjaya seni.
- Cabaran dan kejujuran seni: Amsyar berdepan masalah stage fright dan anxiety, namun berjaya mengatasinya dengan sokongan orang terdekat. Beliau berazam untuk terus menyanyi dengan lebih jujur dan kembali kepada identiti sebenar sebagai anak seni.
Dalam pada itu, Amsyar turut meluahkan rasa syukur kerana dapat memenuhi impian ibunya untuk melihat dirinya beraksi di pentas besar.
Tambah Amsyar, meskipun perjalanannya dalam Sing! Asia telah berakhir, pengalaman tersebut bukanlah satu penamat sebaliknya menjadi permulaan baharu dalam kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya bangga walaupun tersingkir di saat akhir, saya melangkah keluar dari pentas itu dengan satu perkara yang paling bermakna buat saya iaitu menunaikan permintaan ibu saya. Bila saya fikir semula, mungkin ini semua bukan kebetulan.
“Mungkin doa ibu saya sudah dimakbulkan untuk anaknya berdiri sejauh ini, sampai ke separuh akhir sambil membawa bahasa yang paling dekat dihatinya. Ini adalah permulaan untuk menjadi lebih kuat, menyanyi dengan lebih jujur, dan kembali kepada siapa saya sebenarnya,” ujarnya. -- Gempak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami