awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya orang fesyen, tak tahu berlakon - Wak Doyok

Gempak
Gempak
23/08/2017
12:00 MYT
Saya orang fesyen, tak tahu berlakon - Wak Doyok
Selain Wak Doyok, filem Abang Long Fadil 2 turut dibintangi Zizan Razak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Achey, Tania Hudson, A. Galak dan ramai lagi. - Astro Gempak
Selebriti Wak Doyok akui dirinya tidak mempunyai bakat untuk menjadi seorang pelakon.
"Semenjak tahun 2013, saya sering berjumpa dengan Datuk Yusof Haslam dan dia selalu menyampaikan hasrat untuk menyunting saya berlakon.
"Saya katakan kepada Datuk Yusof, saya orang fesyen dan tak tahu berlakon. Saya tidak mempunyai bakat sebagai pelakon.
"Akhirnya, pada tahun 2015, saya berjumpa dengan Syafiq Yusof dan berbincang mengenai tawaran untuk berlakon dalam Abang Long Fadil 2.
"Akhirnya, saya bersetuju mengambil tawaran ini dan menganggap ini sebagai cabaran baru," kata Wak Doyok kepada Astro Gempak.
Tambah Wak Doyok, Datuk Yusof mahu menggandingkan dirinya bersama A. Galak.
"Datuk Yusof mahu menggandingkan saya dengan pelakon otai, A. Galak. Semuanya kerana misai kami yang serupa.
"Saya bertuah kerana dapat bekerja dengan orang-orang yang berpengalaman. Alhamdulillah, pengalaman ini sangat berharga dan saya rasa sangat bersyukur," katanya lagi.
Jangan lupa saksikan Abang Long Fadil 2 yang dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Shuib Sepahtu, Datuk AC Mizal, Achey, Tania Hudson, Wak Doyok, A. Galak dan ramai lagi.
Filem kerjasama pertama Skop Production dan Astro Shaw ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 24 Ogos 2017.
6 hari lagi sebelum FILEM WAJIB SERBU 2017 mula tayang di Malaysia, Singapura dan Brunei. #JanganBilangAbangTakPayung #AbangLongFadil2 #ALF2 #Wak @wakdoyok
A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on
Aug 18, 2017 at 8:10am PDT
Topic Berkaitan
#Abang Long Fadil 2
#artis malaysia
#Astro Gempak
#filem
#selebriti
#Wak Doyok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan