awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak mahu menitiskan air mata....' - Anuar Zain syukur hasrat sertai misi ke Syria direstui

Gempak
Gempak
06/04/2022
02:09 MYT
'Saya tidak mahu menitiskan air mata....' - Anuar Zain syukur hasrat sertai misi ke Syria direstui
Bakal menjejakkan kaki ke Syria menerusi misi kemanusiaan, Anuar Zain bersyukur apabila hasratnya itu mendapat restu daripada ibu bapanya. -Gempak
BAKAL menjejakkan kaki ke Syria menerusi misi kemanusiaan, penyanyi popular, Anuar Zain bersyukur apabila hasrat dan niatnya itu mendapat restu daripada ibu bapanya.
Menurut Anuar, dengan doa serta restu ibu bapa itu, dia kini lebih yakin dengan segala tindak-tanduk yang bakal diambilnya.
"Keluarga saya tidak mempunyai sebarang masalah. Apa-apa yang menggembirakan saya, mereka menyokong dan bersetuju.
“Soal keselamatan dan keselesaan kita letak tepi, apa yang penting adalah kelancaran misi kemanusiaan ini.
“Saya tidak mahu menitiskan air mata ketika melihat anak-anak kecil yang ditindas, cuma tidak dapat menjangka apabila berada di sana nanti," katanya.
Jelas Anuar, Pengerusi Syria Care ustazah Siti Sakinah memaklumkan kepadanya di sana nanti mereka mungkin akan tidur di hotel, menumpang rumah orang dan sebagainya.
"Saya tak kisah bab itu. Bagi saya, soal keselesaan letak tepi dulu.
“Pengalaman yang bakal ditimba itu adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak dapat ditukar dengan wang ringgit.
"Saya dijangka berangkat 11 April selama lapan hari yang mana misi bakal bermula di Turki sebelum ke Syria dan Lubnan.
“Teruja rasanya hendak berpuasa selama 17 jam yang mana pengalaman itu adalah sesuatu yang baharu buat saya,” katanya.
Anuar berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Misi Kemanusiaan Syria Care 13.0 dan kerjasama syarikat pengurusannya, Anuar Zain Network di pejabat Syria Care, Shah Alam, baru-baru ini.
Sekadar info, Syria Care mensasarkan dana sebanyak RM225,000 bagi membantu lebih kurang 1,000 keluarga di negara bergolak berkenaan.
Orang ramai yang ingin menyumbang khususnya menaja set iftar serendah RM15 atau pek makanan kering bernilai RM150 boleh berbuat demikian melalui pautan khas Anuar Zain iaitu donate.syriacare.org.my/order/form/oderfood/anuarzain.
*Artikel asal di Gempak
Topic Berkaitan
#Anuar Zain
#Syria
#Syria Care
#Siti Sakinah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan