awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
Perolehan projek tentera : Beberapa syarikat terpilih 'dominasi' projek bernilai tinggi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sering dikejar peminat fanatik, Kendall Jenner mahu beli pistol

Gempak
Gempak
05/12/2017
14:09 MYT
Sering dikejar peminat fanatik, Kendall Jenner mahu beli pistol
Demi menjaga keselamatan diri, personaliti TV dan model, Kendall Jenner akui merancang untuk membeli pistol.
DEMI menjaga keselamatan diri, personaliti TV dan model, Kendall Jenner akui merancang untuk membeli sepucuk pistol.
Keputusan itu dibuat selepas mendapati dirinya sering dikejar peminat fanatik yang sentiasa mengikuti pergerakannya sehingga ke tahap berani memecah masuk ke kediamannya.
Dalam program Keeping Up With the Kardashians baru-baru ini Kendall, 20, memberitahu hasratnya itu kepada kakaknya, Khloe Kardashian.
"Dalam seminggu, pasti ada sekali atau dua rumah saya didatangi peminat fanatik.
"Saya sendiri berasa tidak selesa dengan keadaan ini," katanya.
Mendengar luahan adiknya itu, Khloe seperti bersetuju kerana dia juga sudah mula merasa keluarganya kini menjadi target musuh.
Bagaimanapun, Kim Kardashian tidak bersetuju dengan rancangan Kendall mahu memiliki pistol demi menjaga diri.
Walaupun tidak dipersetujui namun Khloe dan Kendall seperti nekad akan membeli senjata tesebut agar mereka boleh berasa tenang terutama ketika di waktu malam.
"Saya tahu Kim melarang kami memiliki pistol.
"Tapi untuk Kendall dan saya, pistol dapat membuatkan kami tidur nyenyak di malam hari," kata Khloe.
Sumber: People.com
Topic Berkaitan
#Keeping Up With the Kardashians
#Kendall Jenner
#Khloe Kardashian
#Kim Kardashian
#pistol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan