Skip to main content

Hiburan

Shakira selamat lahirkan anak lelaki

51358932845_295x200.jpg
Penyanyi pop terkenal kelahiran Columbia, Shakira dan pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique mengumumkan kelahiran anak lelaki mereka Milan, pada Rabu.

Kata pasangan tersebut di laman Twitter “Kami amat gembira memaklumkan kelahiran Milan Pique Mebarak, anak lelaki kepada Shakira Mebarak dan Gerard Pique,  pada 22 Januari kira-kira jam 9:36 malam di Sepanyol, Barcelona”

Shakira turut membuat kenyataan di laman sesawangnya “Nama Milan (disebut sebagai Mee-lahn) bermaksud penyayang dan pemurah dalam bahasa Slavic, bersemangat waja dalam bahasa Roman dan penggabungan dalam bahasa Sanskrit”

“Seperti ayahnya, Milan telah menjadi ahli FC Barcelona  sejak lahir” katanya lagi yang sempat berjenaka di dalam kenyataannya.

Shakira, 35, telah mengumumkan kandungannya pada September selepas persembahannya di Las Vegas.

Advertisement

Must Watch Video