awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'She's back!' Selepas cuti bersalin, peminat gembira tonton parodi filem 'Dukun' Jihan Muse

Gempak
Gempak
11/04/2018
04:57 MYT
'She's back!' Selepas cuti bersalin, peminat gembira tonton parodi filem 'Dukun' Jihan Muse
Membawa watak Diana Dahlan dalam Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, penampilan Jihan yang menyarungkan kebaya merah kelihatan sama seperti karakter Datin Seri Umie Aida. - Foto Astro Gempak
Selepas berehat selama beberapa bulan untuk melahirkan cahaya mata sulungnya, pelawak dan pengacara Jihan Muse kembali menjayakan Parodi MeleTOP.
Sinonim dengan segmen berkenaan, Jihan beraksi menghidupkan watak utama dalam filem Dukun yang diterbitkan oleh Astro Shaw.
Membawa watak Diana Dahlan dalam Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy, penampilan Jihan yang menyarungkan kebaya merah kelihatan sama seperti karakter Datin Seri Umie Aida.
Umie yang turut menjadi tetamu undangan untuk program MeleTOP juga tidak dapat menahan gelak melihat aksi lucu Jihan.
Di ruangan komen laman YouTube MeleTOP, rata-rata peminat yang merindui lakonan Jihan memuji persembahan pengacara rancangan Gegar Vaganza itu dalam Parodi Dukun Rendang Ayam Crispy.
"Tak penah mengecewakan. Jihan ratu parodi nombor satu di Malaysia," tulis seorang pengguna bernama Fiezami.
"Jihan is back... Hahahaha, lawak dowh," tulis Muhammad Rafee.
"Hahahaha kelakar weh Jihan ni... Yeay, Jihan kembali," tulis Norazila Supian.
Ditayangkan bermula 5 April lalu, filem Dukun berjaya meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta selepas empat hari tayangan.
Selain Umie, filem Dukun arahan Dain Said ini turut dibintangi oleh pelakon hebat lain seperti Faizal Hussien, Namron, Bront Palarea, Elyana, Soffi Jikan dan Hasnul Rahmat.
Buat semua peminat filem tempatan yang ingin tahu kesudahan filem Dukun, jangan lupa saksikan keseluruhan filem tersebut di pawagam sekarang dalam versi siaran yang lebih baik serta sistem bunyi yang berkualiti! - Teks oleh: Kamaruddin Razal
UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI
Topic Berkaitan
#Astro Shaw
#DUKUN
#Jihan Muse
#parodi
#Umie Aida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan