Skip to main content

Hiburan

Shila teruja dua album dilancarkan tahun ini

71357862582_295x200.jpg
71357862582_295x200.jpg

Advertisement

Seiring dengan kejayaan yang dikecapi, Shila Amzah tidak lepas dari kecaman kerana kisah peribadinya.

Bagaimanapun, gadis itu hanya mahu memberi fokus kepada kerjaya kerana dua albumnya bakal dipasarkan tahun ini.

Selain keterbukaannya berbicara tentang Sharnaaz, gerak geri Shila di laman sosial juga sering diperhatikan.

Terbaru, dia dikecam segelintir pihak apabila memuat naik gambar menikmati makanan segera yang dikaitkan dengan dana Israel.

Menerima kritikan dengan fikiran terbuka, Shila bagaimanapun teruja dengan perancangan tahun ini.

Selepas menang "Asian Wave 2012", "AIM" dan "APM", Shila tercalon dalam kategori penyanyi wanita popular "ABPBH 2012".

Dia bersaing dengan Yuna, Jaclyn Victor, Stacy dan Najwa Latif.

Must Watch Video

Advertisement