Single pertama penyanyi antarabangsa, Zayn Malik ‘Pillowtalk’ nampaknya berjaya meraih sambutan yang hebat daripada para peminat.

Lagu Pillowtalk kini melonjak ke tangga teratas carta iTunes di 60 negara dalam tempoh masa 24 jam.

Pencapaian ini dikatakan sebagai satu kejayaan yang besar kerana ia hanya dilancarkan secara global pada pagi Jumaat.

Pillowtalk adalah salah satu lagu dari album solo Zayn yang pertama, Mind of Mine yang akan dilancarkan pada Mac ini.

Muzik video ini juga menampilkan model terkenal, Gigi Hadid.

Bekas ahli kumpulan One Direction itu berkata, dia sentiasa mempunyai keraguan berkenaan penglibatannya dalam kumpulan 1D, sehingga dia mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulan tersebut.

Di media sosial, rata-rata peminat berpendapat lagu ini sangat menarik dan merupakan antara lagu terbaik dalam industri muzik.

Rakan-rakan industri hiburan turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Zayn atas kejayaannya.